?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Halia Bentong ?Tewaskan Penyakit Padi Tanpa Racun Kimia

Article Summary

Pasukan penyelidik UPM mengenal pasti 40 hingga 50 bahan aktif dalam halia Bentong, dengan 13 bahan aktif utama memberi kesan langsung kepada patogen bakteria. Antaranya ialah alfa-zingiberene, beta-phellandrene, geranial merupakan komponen bahan aktif yang terbukti berupaya merosakkan struktur sel bakteria.

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 


Ketika pesawah padi di Malaysia berdepan dengan ancaman serius penyakit bakteria yang sukar dikawal, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil dengan satu pendekatan berani dan berbeza. Mereka berjaya  formulasi racun tanpa bahan aktif sintetik kimia dan antibiotik. Sebaliknya, hanya menggunakan  bahan aktif, ekstrak minyak pati halia bentong, khazanah herba tempatan bernilai tinggi yang digabungkan dengan teknologi nano.

Teknologi nano yang dibangunkan ini menggunakan minyak pati halia Bentong sebagai bahan aktif biologi alternatif yang lebih selamat, berkesan dan lestari bagi mengawal penyebaran penyakit padi utama negara iaitu hawar daun bakteria (BLB) dan hawar bulir bakteria (BPB). Sebelum ini, penyakit tersebut hampir tiada rawatan khusus yang terbukti berkesan dan ianya mampu menyebabkan kehilangan hasil sehingga 80%.

Pensyarah, Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad berkata minyak pati halia adalah ekstrak herba yang terbukti berkesan dalam perubatan manusia dan kosmetik kerana sifat antibakteria semula jadi. Namun, potensinya dalam bidang pertanian khususnya bagi rawatan penyakit tanaman masih kurang diterokai.

“Minyak pati Halia Bentong dipilih kerana nilainya yang tinggi, kandungan bahan aktif yang kaya dan potensi besar untuk dikembangkan sebagai produk industri,” jelas beliau.

Melalui kajian metabolomik, pasukan penyelidik UPM mengenal pasti 40 hingga 50 bahan aktif dalam halia Bentong, dengan 13 bahan aktif utama memberi kesan langsung kepada patogen bakteria. Antaranya ialah alfa-zingiberene, beta-phellandrene,  geranial merupakan komponen bahan aktif yang terbukti berupaya merosakkan struktur sel bakteria.

Teknologi Nano Sasarkan Patogen Secara Tepat

Keunikan inovasi ini bukan sekadar pada bahan semula jadinya, tetapi pada aplikasi teknologi nano bersaiz sangat kecil sekitar 30-40 nanometer. Saiz zarah yang sangat kecil membolehkan bahan aktif dihantar terus ke sasaran, menembusi sel bakteria dengan lebih cepat, cekap dan tepat. Melalui pemerhatian makmal menggunakan mikroskop elektron, mikroskop transmisi dan konfokal, penyelidik mendapati rawatan Nano Halia menyebabkan dinding sel bakteria pecah, bahan organel mengalir keluar dan akhirnya bakteria mati. Penyelidikan ini menunjukkan rawatan ini mampu mengganggu pembentukan biofilm, iaitu lapisan perlindungan bakteria yang biasanya menyebabkan patogen kebal terhadap racun konvensional dan persekitaran yang ekstrem.



Dari segi efikasi produk, ujian makmal menunjukkan kadar kematian populasi bakteria mencapai sehingga 90%, manakala keberkesanan kawalan penyakit di rumah kaca mencecah 80%, satu pencapaian yang sangat signifikan bagi mengawal penyakit penyakit yang sebelum ini hampir tiada penyelesaian.


Beliau berkata, bagi membuktikan pengunaan ektrak minya pati halia Bentong, ia juga telah diuji di rumah kaca dan menunjukkan hasil yang konsisten, sebelum dibawa ke peringkat lapangan berskala komersial seluas satu hektar.

Katanya beliau dan penyelidik  telah menjalankan ujian lapangan bersaiz komersil di sawah padi di Kelantan dan Kedah, termasuk kawasan sawah sempadan, di Selangor bagi membuktikan racun Nano Halia mampu mengawal penyakit sehingga 60% di lapangan, satu angka yang amat memberangsangkan dalam konteks kawalan penyakit utama padi menggunakan bahan aktif semulajadi yang selamat.

Lebih membanggakan, kerjasama ujian bersama pesawah menghasilkan hasil padi wangi (MRQ 76) mencecah hampir 6 tan/hektar, sekali gus meningkatkan keyakinan pesawah terhadap keberkesanan teknologi yang dibangunkan.

“Pesawah yang terlibat dalam kerjasama sangat berminat dan teruja dengan hasil yang mereka lihat sendiri di sawah,” kata Prof.Madya Dr. Khairulmazmi.

Mesra Alam, Selamat dan Organik 100 Peratus

Racun Nano Halia UPM dihasilkan sepenuhnya daripada bahan semula jadi tanpa sebarang racun sintetik. Ujian toksisiti menunjukkan produk ini selamat untuk petani, haiwan tidak menyebabkan iritasi apabila terkena tangan, serta tidak memudaratkan hidupan akuatik dan serangga berguna dalam ekosistem sawah.


Berbanding racun kimia yang mudah terurai oleh cahaya UV, formulasi nano minyak pati halia ini stabil, tidak mudah meruap dan mempunyai mekanisme lepasan terkawal, menjadikannya lebih berkesan walaupun pada dos yang lebih rendah.

Harapan ke Arah Pengkomersialan

Namun begitu, cabaran utama beliau dan pasukannya  adalah untuk menghasilkan teknologi nano halia berskala besar. Ini kerana UPM hanya mampu menghasilkan produk pada skala makmal dan separa besar, sekali gus tidak dapat memenuhi permintaan pesawah.

“Kami perlukan rakan industri yang mempunyai kapasiti pengeluaran besar untuk proses formulasi, penyesuaian dan pengkomersialan,” ujarnya.

Inovasi ini turut dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) Kebangsaan Bil. 1/2024   bagi membuka laluan kepada ujian lebih besar dan penggunaan yang lebih meluas.

Impak kepada sosioekonomi Pesawah dan Keselamatan Makanan Negara

Sebagai negara pengeluar beras, penyakit padi yang tidak terkawal memberi kesan langsung kepada pendapatan petani dan tahap sara diri beras negara. Racun Nano Halia UPM muncul sebagai alternatif strategik yang bukan sahaja membantu petani mengurangkan kerugian, malah menyumbang kepada keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar jangka panjang.

Daripada halia Bentong ke sawah padi, inovasi ini membuktikan bahawa penyelesaian tempatan berasaskan sains mampu menjadi jawapan kepada cabaran global pertanian moden.

 

WZCESAL~