?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Belia UPM hayati sambutan tahun baharu berteraskan iman menerusi Gema Syukur 2026



Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin


PUTRAJAYA, 8 Jan
– Seramai 53 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Program Gema Syukur (AGS) 2026 di Masjid Putra, Putrajaya, bagi menghayati sambutan ambang tahun baharu yang lebih bermakna menerusi pengisian kerohanian dan kebersamaan belia.

Program yang menghimpunkan belia dari seluruh negara itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sirajuddin Suhaimee, dengan objektif memperkenalkan pendekatan sambutan tahun baharu berteraskan nilai Islam melalui amalan ibadah dan pengisian ilmu.

Menurut beliau, penganjuran AGS merupakan pendekatan dakwah yang memberi alternatif kepada masyarakat, khususnya golongan muda, untuk menyambut tahun baharu melalui aktiviti berfaedah seperti qiamullail dan munajat, berbanding hiburan yang melalaikan.



Pelajar Bacelor Perakaunan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM, Ainun Najihah berkata, program tersebut membuka ruang kesedaran untuk menilai semula gaya hidup dan pengaruh hiburan yang berlebihan terhadap pembentukan jiwa.

“Tanpa sedar, kita terlalu biasa dengan perkara yang melalaikan sehingga memberi kesan kepada hati dan iman. Saya berharap tahun ini kita dapat sama-sama menjaga hati serta mengurangkan hiburan yang tidak memberi manfaat,” katanya.

Sementara itu, pelajar Bacelor Sains Matematik, Fakulti Sains UPM, Izyan Syazwani menyifatkan pengalaman menyertai qiamullail secara berjemaah sebagai permulaan tahun baharu yang lebih tenang dan bermakna.



“Sambutan tahun ini terasa lebih baik dan memberi ketenangan. Saya berharap amalan qiamullail dapat diteruskan dalam kehidupan seharian selepas ini,” katanya.

Penyertaan mahasiswa UPM dalam AGS 2026 mencerminkan komitmen belia institusi pengajian tinggi dalam menyokong usaha pembentukan sahsiah dan keseimbangan rohani, sejajar dengan aspirasi melahirkan generasi berilmu, beriman dan prihatin terhadap masyarakat.

WZCDOAv~