?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Kembara Dakwah Al-Falah bantu pelajar asnaf di Pahang.

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Saleha Haron

 

ROMPIN, 18 Julai – Pusat Islam (PIU) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN) UPM dan Putra Bakti UPM buat julung kalinya mengadakan aktiviti dakwah serta memberi bantuan kepada pelajar asnaf UPM di sekitar daerah Rompin dan Temerloh, Pahang secara bermotor.

Naib Canselor UPM, YH. Profesor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata sumbangan bantuan yang diberikan kepada pelajar asnaf UPM akan memberi motivasi kepada pelajar tersebut untuk meneruskan pengajian secara bersungguh-sungguh di UPM.

“Semoga pelajar asnaf UPM yang menerima bantuan berbentuk kewangan dan barangan mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya selain menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang.

“Pihak WAZAN akan terus-menerus membantu pelajar UPM yang kurang berkemampuan agar semua pelajar ini menamatkan pengajian dan meneruskan kehidupan dalam membantu keluarga,” katanya.

Sementara itu, pelajar semester lima Bacelor sains pembangunan manusia dengan pengurusan, Nor Amirah Solehah Ahmad Baijuri berkata bantuan yang diberikan oleh UPM itu menjadi pendorong buat dirinya untuk meneruskan pengajian dan mencapai cita-citanya.