???? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Kerjasama UPM dan Aniware Tingkat Kecekapan Diagnosis Haiwan dengan Teknologi AI

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang





SERDANG, 6 Mei
– Fakulti Veterinar (FP), Universiti Putra Malaysia (UPM) memeterai kerjasama strategik dengan syarikat teknologi perubatan veterinar, Aniware Limited, dalam usaha memperkasakan rawatan haiwan melalui teknologi pengimejan kecerdasan buatan (AI).

Melalui kerjasama ini, sistem pengimejan AI digunakan bagi mentafsir data perubatan yang kompleks secara automatik, sekali gus membantu doktor veterinar di Hospital Veterinar Universiti (HVU), UPM membuat diagnosis penyakit dengan lebih pantas dan tepat.


Menurut Ketua Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan, FP UPM, Dr. Khor Kuan Hua, mesin AI yang dibangunkan oleh Aniware mampu mengesan penyakit dalam tempoh hanya tiga minit  tanpa perlu menunggu laporan daripada pakar kardiologi dan ia sangat membantu para doktor dan penyelidik dalam situasi kritikal.





“Teknologi ini bukan sahaja akan memudahkan kerja para doktor, malah memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang penggunaan AI dalam mendiagnosis penyakit haiwan secara profesional dan beretika,” katanya.

Kerjasama ini merangkumi penggunaan penyelesaian teknologi AI dalam diagnostik dan pemantauan veterinar, pembangunan kursus pendidikan berkaitan penyakit haiwan, serta peluang-peluang penyelidikan bersama antara UPM dan Aniware.

Dekan Fakulti Veterinar, UPM, Prof. Dr. Goh Yong Meng berkata sistem ini memudahkan penyelidik merekod dan menjejak data pesakit haiwan dengan lebih cekap.

“Haiwan tidak mampu menyatakan rasa sakit mereka. Maka, sistem AI ini berperanan memantau keadaan kesihatan haiwan secara berterusan dan membantu doktor membuat keputusan lebih awal,” jelas beliau.

Tambah beliau, teknologi AI bukan untuk menggantikan doktor veterinar, sebaliknya memperkasa mereka dengan alat diagnostik moden yang berupaya meningkatkan kualiti rawatan.

“Kerjasama antara institusi pendidikan dan syarikat teknologi seperti ini membuka laluan kepada pembangunan alat AI yang lebih baik dalam sistem kesihatan haiwan lebih canggih pada masa hadapan,” ujarnya.



WYFHOAu~