?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

PUTRA MADANI: UPM perkasa peranan pertanian komuniti melalui podcast 30 jam tanpa henti

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

TANJUNG KARANG, 6 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan usaha mendekatkan kepakaran universiti kepada masyarakat melalui penganjuran PUTRA MADANI: Malaysia’s Longest Live Community Podcast, sebuah siaran langsung audio siar selama 30 jam tanpa henti yang menampilkan pelbagai perbincangan berkaitan pertanian, komuniti dan konsep Malaysia MADANI.

 

Program anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM ini mengetengahkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat termasuk komuniti kampung, alumni, pakar pertanian, usahawan tempatan, belia dan warga emas menjadikannya antara inisiatif paling inklusif dan menyeluruh pernah dianjurkan oleh universiti itu.

 

Pengarah PKPP UPM, Prof. Madya Dr. Mohd. Mursyid Arshad, berkata penganjuran podcast ini bertujuan menyampaikan hasrat kerajaan dalam menerapkan nilai Malaysia MADANI kepada masyarakat melalui platform komunikasi yang santai dan dekat dengan rakyat.

 

“Kita mahu masyarakat memahami dan menghayati semangat Malaysia MADANI dalam konteks perpaduan, kemajuan dan penerokaan peluang baharu. Sebagai sebuah universiti berfokus pertanian ini adalah peluang untuk menyebarluaskan inovasi dan kepakaran kepada komuniti secara langsung,” katanya.

 

Tambah beliau, 30 episod yang dirakam sepanjang siaran tersebut menjadi dokumen penting yang boleh dirujuk pada bila-bila masa oleh pelbagai pihak termasuk pelajar, belia dan penduduk kampung menjadikan ilmu dan pengalaman yang dikongsi lebih lestari dan merentas generasi.

 

“Konsep podcast bersama komuniti ini menjadikan mereka bukan sekadar pendengar tetapi juga penyumbang isi kandungan. Ini adalah satu bentuk dokumentasi hasrat kerajaan, universiti dan masyarakat yang sangat berharga,” katanya.

 

Dengan kejayaan edisi 30 jam ini, PKPP merancang untuk meneruskan program seumpamanya di masa akan datang, sebagai platform komunikasi alternatif universiti dengan komuniti yang lebih dekat, relevan dan berimpak tinggi.

 

Dalam pada itu, program ini merupakan kesinambungan daripada Program Kampung Angkat MADANI yang dilaksanakan PKPP, UPM pada April lalu.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Blok AGH, Zam Zaidi, berkata kehadiran UPM ke kampung mereka sebagai satu pengalaman bermakna.

 

“Podcast ini memberi impak positif kerana memperkenalkan teknologi dan platform baharu kepada penduduk. Ramai komuniti di kampung ini mula celik IT dan sedar potensi podcast untuk mempromosikan produk serta mengetengahkan keunikan kampung kami yang juga mempunyai potensi eko pelancongan,” katanya.

 

Pengerusi JPKK Kampung Kunci Air Buang, Mohamad Jamhhari Kasim, menyambut baik pendekatan UPM yang membawa agenda pertanian dan agropelancongan ke kampung tersebut.

 

“Apa yang dibawa oleh UPM hari ini memberi kesan terus kepada ekonomi komuniti kampung dan secara langsung mempromosikan kampung ini bagi pertumbuhan sektor agropelancongan secara mapan,” katanya.

WYIGUA2~