?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

‘SATU’ angkat kepelbagaian budaya Malaysia melalui pengalaman sajian tiga kaum

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

SERDANG, 8 Jan – Kepelbagaian budaya Malaysia diraikan melalui pengalaman gastronomi apabila 40 pelajar program Bacelor Sains Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian (BSPPMdk), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia menganjurkan program semi fine dining bertemakan ‘SATU’ yang membawa maksud Satu Bangsa, Satu Malaysia.

 

Program itu merupakan amali akhir kursus FSM4309 Penyediaan Makanan & Khidmat Layanan Komersial dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk merangka konsep, menu serta pengurusan acara berasaskan piawaian industri sebenar. Melalui ‘SATU’, pelajar menggabungkan elemen budaya Melayu, Cina dan India dalam persembahan hidangan moden yang menekankan nilai perpaduan nasional.

 

Penyelaras program, Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin berkata, penganjuran ini berperanan sebagai platform pembelajaran berasaskan pengalaman bagi menyediakan pelajar menghadapi cabaran sebenar industri hospitaliti dan makanan.

 

“Program ini bukan sekadar penilaian akademik, tetapi latihan menyeluruh yang menuntut pelajar mengurus konsep, menu, operasi dapur, perkhidmatan pelanggan dan promosi secara profesional. Melalui empat program yang telah dirancang, kami berharap objektif pembelajaran dapat dicapai secara holistik,” katanya.

 

Pendekatan semi fine dining yang diketengahkan membolehkan pelajar memartabatkan masakan Malaysia melalui sentuhan kontemporari tanpa mengabaikan identiti asal sesuatu hidangan.

 

Sementara itu, pelajar BSPPMdk, Nur Alissa Azlan yang bertindak sebagai Supervisor of the Day berkata, penglibatan secara langsung dalam program berkenaan memberi pendedahan realistik terhadap tugasan sebenar dalam industri.

 

“Pengalaman mengurus pasukan, menjalankan tinjauan, merancang kelainan menu dengan menggabungkan elemen tiga perayaan utama serta mempromosikan program melalui platform TikTok memberi impak besar kepada kefahaman saya tentang operasi sebenar. Sambutan yang diterima daripada orang luar juga sangat menggalakkan,” katanya.

 

Rakannya, Arash Danial Nor Sofian yang berperanan sebagai chef pula berkata, idea menu ‘SATU’ tercetus daripada keinginan untuk memodenkan masakan Malaysia berasaskan menu tradisional.

 

“Kami mengambil hidangan asas masakan tempatan dan memodenkan persembahannya dengan menerapkan teknologi makanan serta penggunaan bahan sihat seperti ulam-ulaman dan sayur-sayuran. Proses penyediaan menu mengambil masa kira-kira dua minggu bagi memastikan kesesuaian dengan konsep dan kesepaduan pasukan,” katanya.

 

Sementara itu, pengunjung program, Muhammad Nur Syazwan Wafiy Mohd Aseri, berkata kemahiran pelajar dalam menghasilkan menu berkualiti mencerminkan tahap profesionalisme yang diterapkan sepanjang pengajian.

 

“Program seumpama itu wajar diteruskan kerana bukan sahaja memberi pendedahan praktikal kepada pelajar, malah berperanan sebagai platform promosi kursus kepada lepasan sekolah yang masih mencari hala tuju dan bidang pengajian bersesuaian,” katanya.

 

Dalam pada itu, program ‘SATU’ dilihat sebagai manifestasi keupayaan generasi muda mengangkat warisan kulinari tempatan ke tahap profesional, selari dengan aspirasi universiti melahirkan graduan holistik yang bersedia menyumbang kepada industri makanan dan hospitaliti negara.

 

 

WZCDQAu~