?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM Angkat Budaya Membaca sebagai Agenda Utama Kampus Menerusi Festival Membaca 2026

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin




SERDANG, 22 Januari
- Festival Membaca Universiti Putra Malaysia (UPM) 2026 anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) terus memperkukuh budaya membaca sebagai agenda utama kampus, selari dengan aspirasi universiti dalam memupuk budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata, festival ini dirangka sebagai platform interaktif yang menggabungkan elemen ilmiah, kreatif dan santai melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti berimpak.

“Program ini merangkumi pameran buku, diskusi ilmiah, sesi perkongsian penulis, pertandingan berkaitan literasi serta pelbagai program galakan membaca yang memberi ruang keterlibatan aktif warga kampus.




“Penganjuran Festival Membaca UPM di Perpustakaan Sultan Abdul Samad(PSAS) selari dengan peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu, rujukan dan pembelajaran sepanjang hayat, di samping menyokong usaha universiti memupuk budaya pembacaan dalam kalangan warga kampus,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan festival tersebut.

Menurut beliau, penganjuran festival ini bukan sahaja memberi penekanan kepada amalan membaca secara konvensional, malah turut mengintegrasikan elemen diskusi ilmiah, kreativiti, literasi maklumat serta keterlibatan komuniti kampus melalui pendekatan yang lebih inklusif dan mesra pengunjung.


Sementara itu, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (INTESABER), Muhammad Afifi Abdullah Satari menyifatkan Festival Membaca UPM sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dalam menyokong usaha memperkasa budaya membaca dalam masyarakat.

“Festival ini sangat baik dan kami amat menghargai penganjurannya kerana ia selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan amalan membaca. Inisiatif seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut berkata, pengalaman mengunjungi Perpustakaan Sultan Abdul Samad memberi inspirasi kepada pihak sekolah untuk memperbaharui koleksi buku serta menambah baik aspek dekorasi perpustakaan sebagai tarikan kepada pelajar.

“Pengalaman berkunjung ke perpustakaan universiti ini amat bermakna dan sukar dilupakan kerana bukan mudah untuk pelajar sekolah berpeluang melihat sendiri kemudahan perpustakaan di peringkat universiti.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UPM atas jemputan dan pendedahan berharga ini,” katanya.

WZCDVAS~