Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Sabri Omar
BANGI, 13 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Meraikan Atlet ke Kejohanan Sukan Sea Hanoi 2021 bagi meraikan kejayaan atlet negara yang juga merupakan pelajar UPM baru-baru ini.
Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata majlis itu diadakan khusus sebagai memberi penghargaan kepada atlet-atlet UPM yang berjaya mengharumkan nama negara dan UPM.
“36 atlet UPM telah dipilih mewakili Malaysia di Kejohanan Sukan SEA, Hanoi dan mereka menyumbang sebanyak tujuh pingat emas, empat pingat perak dan sembilan pingat gangsa daripada jumlah 56 emas, 55 perak dan 75 gangsa yang dicapai oleh kontinjen Malaysia dan ini adalah satu pencapaian yang baik,” katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pendaftar UPM, Muhazam Mansor yang mewakili YH. Naib Canselor UPM.
Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Prestasi Tinggi, Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Nazmizan Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej UPM, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah dan Pegawai Kanan UPM.
Selain itu, enam atlet UPM menerima Anugerah Pingat Emas menerima intensif sebanyak RM700; iaitu Ng Yan Yee (Terjun); Jellson Jabillin (Terjun); Hanis Nazirul Jaya Surya Terjun); Rachel Yeoh Li Wen (