?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM Anjur QAIs@Putra: TechLeap 2026 Sokong Agenda Pembangunan Teknologi Negara

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin





SERDANG, 26 Januari– Program QAIs@Putra: TechLeap 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) Chapter UPM berperanan menyokong agenda pembangunan sains dan teknologi negara.

Menurut Ketua Jabatan Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik berkata, program berkenaan memberi pendedahan awal kepada pelajar dan masyarakat mengenai teknologi strategik seperti Teknologi Kuantum, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan Semikonduktor yang kini menjadi tunjang kepada pembangunan teknologi masa hadapan negara.

“Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap teknologi berimpak tinggi di samping memperluaskan literasi sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, QAIs@Putra: TechLeap 2026 turut menggalakkan penglibatan bakat muda dalam bidang berimpak tinggi selari dengan keperluan negara untuk membangunkan modal insan berkemahiran tinggi.



Selain menjadi platform perkongsian ilmu, program ini membuka peluang kepada pelajar universiti untuk mendapatkan pendedahan kepada latihan industri serta membina jaringan profesional secara langsung bersama pakar industri.

“Pendekatan kolaboratif ini juga berfungsi sebagai jambatan yang merapatkan jurang antara akademia, industri dan pelajar bagi memenuhi keperluan serta permintaan sektor teknologi negara pada masa hadapan,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran program seumpama ini memperkukuh peranan UPM sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited dalam memacu pembangunan sains, teknologi dan inovasi di peringkat nasional.

WZCEAAj~