?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM Terajui Usaha Wira Damai Bangunkan Kebun Komuniti, Tingkat Sosioekonomi Penduduk




GOMBAK, 7 Januari
– Universiti Putra Malaysia (UPM) menerajui usaha pembangunan kebun komuniti di Kampung Melayu Wira Damai, Gombak sebagai inisiatif memperkasa sosioekonomi penduduk setempat menerusi Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman berkata, program Kampung Angkat Madani memberi peluang kepada universiti awam bertindak sebagai rakan strategik komuniti melalui penyaluran kepakaran akademik, penyelidikan dan khidmat komuniti.

“Program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung, malah melahirkan mahasiswa yang lebih cakna terhadap realiti dan keperluan masyarakat,” katanya.

Penglibatan UPM di Kampung Melayu Wira Damai diterajui oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad selaku Pengarah.

Pengarah projek, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad berkata, pembangunan kebun komuniti tersebut telah bermula sejak April 2025 dan memberi impak langsung kepada komuniti setempat.

“Projek kebun komuniti ini bertujuan meningkatkan pengetahuan komuniti khususnya dalam bidang pertanian dan pembangunan landskap kebun pertanian, di samping meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk melalui penjanaan pendapatan hasil jualan sayuran dan madu kelulut,” katanya.

Beliau berkata penglibatan penduduk dalam aktiviti berkebun bersama-sama turut mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan komuniti setempat.

“Hubungan antara komuniti menjadi lebih erat melalui penglibatan aktif penduduk dalam aktiviti di lapangan.

“UCTC akan terus membimbing semua peserta sekiranya berdepan sebarang cabaran dalam pembangunan komuniti, bagi memastikan semangat pelaksanaan kekal berterusan serta projek ini dilaksanakan secara lestari dan bukan sekadar inisiatif sekali sahaja.

Selain UPM, beberapa universiti tempatan lain turut terlibat dalam Program Kampung Angkat Madani di Kampung Melayu Wira Damai termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kebun Komuniti Wira Damai dianggotai oleh seramai sembilan orang peserta yang terdiri daripada golongan ibu tunggal dan warga emas.

WZCDQA1~