?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM, UTMy jalin kolaborasi perkukuh hubungan akademik Malaysia-Jepun

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 

SERDANG, 8 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan University of Tsukuba Malaysia (UTMy) bagi memperluas jaringan antarabangsa sebagai usaha memperkukuh kerjasama akademik antara Malaysia dan Jepun.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib, berkata pemeteraian MoU ini merupakan satu langkah signifikan dalam memperkukuh hubungan kepakaran dan strategik antara Malaysia dan Jepun khususnya dalam bidang pertanian lestari dan inovasi.

 

“Kerjasama ini mencerminkan visi bersama berteraskan pertukaran ilmu, inovasi dan pembangunan mampan menghubungkan dua institusi dalam menangani cabaran global,” katanya.

 

 

Tambah beliau, MoU tersebut akan memberi tumpuan kepada mobiliti pelajar dan akademik, penyelidikan bersama, serta pembangunan sistem agromakanan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim.

 

Duta Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata berkata, MoU ini sebagai satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam sektor pertanian mampan.

 

“Kerjasama ini membuka ruang kepada kedua-dua negara untuk menggabungkan kepakaran dan teknologi dalam membangunkan penyelesaian inovatif bagi sektor pertanian yang lebih lestari dan berdaya tahan,” katanya.

 

Pendekatan kolaboratif tersebut turut menyokong usaha serantau dalam menangani cabaran perubahan iklim, selaras dengan inisiatif ‘Asia Zero Emission Community’ (AZEC) yang memfokuskan kepada agenda penyahkarbonan dan pembangunan mampan di Asia.

 

 

Sementara itu, Ketua Eksekutif UTMy, Prof. Dr. Toshiyuki Inagaki berkata, kolaborasi ini membuka peluang luas dalam memperkukuh hubungan akademik serta mempercepat inovasi dalam bidang pertanian.

 

“Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi, malah menjadi pemangkin kepada usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta membangunkan teknologi pertanian yang mampan,” katanya.

WZEIUA5~