Keselamatan
UPM sentiasa komited dalam memberi perlindungan keselamatan terhadap warganya demi mewujudkan suasana kerja dan pembelajaran yang selamat dan sihat. Pelbagai langkah keselamatan dan perlindungan telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar dan staf menjadi keutamaan.
Tindakan Kecemasan
Sekiranya berlaku kecemasan, tindakan segera harus diambil iaitu dengan menghubungi talian kecemasan UPM yang beroperasi 24 jam.
03-9769 7990
03-9769 7470
03-9769 1999
Atau anda boleh menghubungi talian bebas tol UPM yang beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.
03-9769 1000
Selain itu anda juga boleh terus menghubungi talian kecemasan hospital, polis dan bomba di kawasan berdekatan UPM sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan perkhidmatan lanjut.
- Balai Polis Serdang: 03-8948 2222
- Balai Polis Seri Kembangan: 03-8948 6122
- Balai Bomba Serdang: 03-8941 6281
- Pusat Kesihatan Universiti (Kecemasan): 03-8946 7332, 03-8946 7334
Pengurusan Risiko dan Keselamatan
Risiko dan keadaan kecemasan perlu diurus dengan tertib bagi mengelak keadaan yang lebih buruk. Berikut adalah tindakan-tindakan yang perlu dibuat bagi menghadapi sebarang keadaan kecemasan:
- Kemalangan
- Kebakaran
- Demonstrasi
- Terperangkap dalam lif
Bagi mencegah berlakunya kemalangan dan kejadian berbahaya dalam kalangan komuniti UPM akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat, warga UPM harus sentiasa berwaspada dan mengaplikasikan langkah-langkah pencegahan dalam urusan seharian yang boleh dimuat turun.
Maklumat lanjut berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diperolehi daripada Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga Manual Pelan Pengurusan Bencana di laman web Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
