?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

4 pelajar FRSB UPM menang anugerah antarabangsa di Buildner Kingspan Microhome 2024

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
 
Serdang, 30 Julai – Empat orang pelajar Master Seni Bina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengharumkan nama di peringkat antarabangsa setelah berjaya memenangi ‘Anugerah Pelajar Buildner’ pada pertandingan Buildner Kingspan Microhome 2024, baru-baru ini.
 
 
Pasukan ini terdiri daripada Yoong Zheng Quan, Branda Wee, Cheah Kim Hoong dan Pang Jian Sheng yang tampil dengan idea kreatif melalui konsep Wavefront Living iaitu reka bentuk rumah mikro boleh lipat, mudah alih dan boleh disesuaikan dengan keadaan laut yang pelbagai.
 
 
Yoong Zheng Quan berkata projek ini memberi tumpuan kepada penyelesaian tempat tinggal buat lebih 300,000 pelarian laut di Sabah.