?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

DYTM Raja Muda Selangor bangga prestasi PBS, pesan kepimpinan beretika kepada graduan

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 11 Disember – Tuanku Canselor Putra Business School (PBS), DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan keyakinan terhadap masa depan institusi itu sebagai peneraju pendidikan perniagaan di Malaysia.

 

Baginda bertitah, pencapaian PBS sepanjang tahun ini, khususnya apabila program MBA PBS diiktiraf sebagai Nombor Satu di Malaysia dan Nombor 23 di Asia di bawah penarafan US Global MBA Rankings. Selain itu, mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) turut meraih pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai Nombor Satu di Malaysia, Nombor Sembilan di Asia Pasifik dan berada dalam kelompok 100 terbaik dunia untuk penarafan tahun 2026.

 

“Pencapaian ini mencerminkan kekuatan kurikulum PBS, keupayaan pelajarnya, serta dedikasi para pensyarah, staf dan rakan industri,” titah baginda.

 

Baginda turut menekankan bahawa ranking berprestij tersebut bukan sahaja mengukur mutu akademik malah membuktikan kemampuan PBS melahirkan graduan yang cemerlang dari segi kebolehpasaran, keusahawanan dan kepimpinan pemikiran.

 

Baginda menyeru graduan agar memimpin dengan integriti, etika dan tujuan yang jelas, sambil menyatakan keyakinan bahawa mereka akan menjadi pemimpin berimpak dalam sektor masing-masing.

 

Tengku Amir Shah juga menghargai komitmen PBS terhadap budaya penambahbaikan berterusan dan inovasi melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang lebih cekap.

 

“PBS menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Rancangan Malaysia Ke-13, khususnya dalam aspek pembangunan bakat, kepimpinan beretika dan kelestarian,” titah baginda.

 

Baginda turut menzahirkan inisiatif PBS paling bermakna tahun ini ialah program CSR EcoLegacy: Trees for Tomorrow dan sebanyak 150 pokok ditanam sebagai sebahagian daripada komitmen PBS menanam 500 pokok, menyumbang kepada kempen 1 Juta Pokok 2021–2029.

 

“Beta berharap PBS terus menginspirasikan masyarakat melalui program CSR yang berimpak, khususnya dalam pemerkasaan belia dan pemuliharaan alam sekitar,” titah baginda.

 

Pada majlis hari ini, baginda mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana (Master) dan sijil pascasiswazah kepada 178 graduan, terdiri daripada 135 Master of Business Administration (MBA), 42 PhD, seorang MSc dan seorang penerima Postgraduate Certificate in Business Administration.

 

Dalam pada itu, PBS ditubuhkan sebagai sekolah perniagaan autonomi pada 12 Oktober 2012 dengan status universiti swasta penuh dan merupakan sekolah perniagaan pertama di Malaysia yang menerima akreditasi AACSB.

WZCDMAZ~