?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Jejak Warisan Putra Perkukuh Jati Diri Warga UPM di Serdang dan Sarawak

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin




SERDANG, 26 Januari- Seramai 38 orang yang staf yang terdiri daripada pegawai akademik serta Pegawai Penyelidik dan Pengurusan (P&P) sertai Program Jejak Warisan Putra yang dianjurkan serentak di Universiti Putra Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bagi memperkukuh jati diri serta penghargaan warga universiti terhadap sejarah dan warisan institusi.

Penyertaan merentas peranan ini membuka ruang interaksi dan perkongsian pengalaman dalam kalangan warga kerja universiti.

Menurut Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMS, Mohamed Daniel Mohamed Mokhtar program ini memberi peluang kepada staf untuk melihat semula sejarah UPM dari sudut yang lebih dekat dan bermakna.

“Sebagai warga UPM, kami biasa dengan persekitaran kerja harian, namun melalui Jejak Warisan Putra, kami dapat memahami bagaimana sejarah, nilai dan perjuangan awal universiti membentuk identiti UPM hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains UPMS, Valerie Anak Pitrus menyifatkan penganjuran program sebagai satu pengalaman yang memperlihatkan peranan UPM dalam konteks pembangunan wilayah dan kepelbagaian budaya.





“Program ini bukan sahaja memperkenalkan sejarah kampus, malah menonjolkan bagaimana kepakaran UPM berkembang selari dengan keperluan setempat dan masyarakat Sarawak,” ujarnya.


Pendekatan ini memberi pengalaman tersendiri kepada peserta untuk menghayati perjalanan pembangunan UPM dari perspektif setempat.

Secara keseluruhan, Jejak Warisan Putra bukan sekadar aktiviti mengenali sejarah fizikal kampus, malah menjadi wadah untuk memupuk rasa kekitaan, meningkatkan kefahaman terhadap peranan institusi dan menyemai tanggungjawab bersama warga universiti dalam meneruskan legasi UPM.

WZCDKA~