?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Pelajar UPM hidupkan karya Pak Sako melalui pementasan Teater Putera Gunung Tahan

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 9 Mac – Seramai 98 orang pelajar tahun dua dan tiga Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMdK), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghidupkan karya agung Sasterawan Negara, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako melalui pementasan teater Putera Gunung Tahan yang dipentaskan baru-baru ini.

 

Pementasan tersebut dianjurkan di bawah kursus LHE3103 Drama dalam Pengajaran Bahasa Melayu, yang memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan teori sastera dan pedagogi secara praktikal melalui seni persembahan.

 

Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, FPP, UPM, Dr. Muhammad Zarif Hassan @ Zulkifli, berkata pementasan itu bukan sahaja memenuhi keperluan akademik, malah menjadi medium pembelajaran autentik yang menggabungkan teori, kreativiti dan penghayatan karya sastera.

 

“Pementasan ini memberi ruang kepada pelajar menelusuri pemikiran Pak Sako yang sarat dengan kritikan sosial, semangat nasionalisme serta nilai budaya yang menekankan maruah dan jati diri bangsa,” katanya.

 

Menurut beliau, karya Putera Gunung Tahan menampilkan tema pertembungan budaya Timur dan Barat melalui pendekatan satira yang tajam, sekali gus mengkritik sikap penjajah, keangkuhan kuasa dan memaparkan kebijaksanaan masyarakat tempatan dalam mempertahankan identiti serta kedaulatan bangsa.

 

“Pemikiran Pak Sako yang progresif dan berani masih relevan hingga hari ini kerana karya ini mengangkat kesedaran tentang kemerdekaan, kebebasan serta kekuatan nilai budaya dalam menghadapi cabaran zaman,” katanya.

 

Sementara itu, pengarah produksi, Farhah Fadzmi berkata pengalaman menjayakan pementasan tersebut membantu memperkukuh kemahiran pedagogi abad ke-21 dalam kalangan bakal guru.

 

“Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek, pelajar didedahkan kepada pengurusan produksi, kerja berpasukan, kreativiti seni persembahan dan kemahiran komunikasi yang berkesan,” katanya.

 

Tambah beliau, selain aspek lakonan, pementasan Putera Gunung Tahan turut menonjolkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan prop dan rekaan pentas yang dibangunkan sepenuhnya oleh mereka.

 

“Setiap prop direka secara teliti bagi menyokong latar cerita dan simbolisme karya, termasuk elemen alam semula jadi, perkampungan Orang Asli Semai, alam bunian serta elemen yang menggambarkan pertembungan dunia Timur dan Barat,” katanya.

 

Sepanjang tempoh 14 minggu persiapan, para pelajar bukan sahaja menumpukan kepada latihan lakonan dan penghasilan prop, malah perlu mengimbangi masa antara latihan, penghayatan skrip dan watak, penyediaan busana serta komitmen akademik yang lain.

 

Pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu, Muhamad Syafiq Mohd Salleh, berkata pementasan tersebut membuktikan bahawa kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pihak industri mampu menghasilkan produksi teater yang berkualiti.

 

“Penglibatan pelajar sebagai tenaga kreatif dalam lakonan, pengurusan produksi dan rekaan pentas membuka ruang pembangunan bakat baharu serta menyumbang kepada pengukuhan ekosistem seni persembahan negara,” katanya.

 

Pementasan ini turut dijayakan melalui kolaborasi dan tajaan pelbagai pihak termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, serta rakan industri seperti Farm Fresh, PayNet, Momoyo, Warung Yamal dan Sister’s Snack Bar.

 

WZEEWAx~