???? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Prinsip ‘True North’ UPM panduan perkukuhkan kecemerlangan universiti

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Ezham Hussin      

 

SERDANG, 2 Mei – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menegaskan prinsip True North yang diperkenalkan menjadi panduan penting dalam memperkukuhkan kecemerlangan universiti ke arah mencapai aspirasi global.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Logo Sambutan Jubli Emas Kolej Canselor sempena ulang tahun ke-50 penubuhan kolej kediaman itu yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Keempat.

 

“True North bukan sekadar slogan tetapi prinsip asas yang harus dihayati seluruh warga UPM dalam usaha mencipta dan mencapai kejayaan berterusan,” katanya.

 

Beliau turut mengajak warga kampus agar bersedia berubah dan menyesuaikan diri dengan peredaran masa.

 

“Jangan kita takut untuk berubah. Jika tidak, kita akan kekal statik dan menolak kemajuan itu bukanlah haluan yang kita inginkan untuk UPM,” katanya.

 

Selain itu, Sambutan Jubli Emas Kolej Canselor merupakan inisiatif Majlis Perwakilan Kolej Canselor dengan kerjasama Pusat Alumni dan Persatuan Alumni UPM, dan diadakan bersempena Minggu Alumni UPM yang disambut pada 21 Mei setiap tahun.

 

Pengetua Kolej Canselor, Ts. Dr. Syed Agil Alsagoff berkata, sambutan ini menjadi platform penting untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa, alumni dan komuniti serta melahirkan mahasiswa yang progresif dan berdaya tahan.

 

“Program ini secara langsung mampu melahirkan mahasiswa yang progresif, dinamik dan berkeupayaan tinggi dalam mengurus kepelbagaian serta menyumbang kembali kepada masyarakat,” katanya.

 

Pengarah Program Sambutan Jubli Emas, Muhammad Naqib Ismail, berkata pelbagai aktiviti dirangka melibatkan mahasiswa UPM dan komuniti Sri Serdang sepanjang festival berlangsung.

 

“Antara program yang akan dilaksanakan ialah Majlis Makan Malam Alumni, perlawanan persahabatan Softball Alumni KC serta festival sempena sambutan Jubli Emas ini,” katanya.

 

Naib Presiden 3 Majlis Perwakilan Kolej Canselor, Muhamad Syafiq Mohd Salleh berkata, program ini memupuk semangat cintakan kolej kediaman dan universiti dalam kalangan pelajar.

 

“Di universiti, kita bukan sahaja belajar tetapi juga berbakti. Sambutan ini menjadi titik mula kepada pelajar untuk kembali menyumbang sebagai alumni kelak,” katanya.

 

Pengerusi Blok Masria, Majlis Perwakilan Kolej Canselor, Farhah Fadzmi berkata, kolaborasi bersamaalumni memberi impak besar kepada mahasiswa.

 

“Program ini merapatkan ukhuwah dan silaturahim antara pelajar, masyarakat dan alumni. Ia menjadi platform penting untuk membina jaringan, mendapatkan maklumat serta sokongan moral yang berguna untuk masa hadapan,” katanya.

WYFEDA2~