?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Program Kampung Angkat MADANI @ Jiwa Putra perkasa komuniti Tanjung Karang

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

TANJUNG KARANG, 5 Ogos – Seramai 50 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyantuni penduduk Kampung Sawah Sempadan di sini hari ini menerusi Program Kampung Angkat MADANI @ Jiwa Putra yang berfokus kepada pembangunan komuniti luar bandar secara holistik.

 

Program anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM itu melibatkan 25 keluarga angkat serta pelbagai pengisian berimpak tinggi termasuk sesi pemindahan ilmu pertanian, aktiviti keusahawanan komuniti, penanaman pokok, dan pameran produk tempatan.

 

Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Mohd. Mursyid Arshad berkata, penglibatan pelbagai pihak dalam program tersebut membuktikan bahawa kerjasama antara universiti dan komuniti mampu membawa impak positif kepada pembangunan masyarakat luar bandar.

 

“Program ini memperkukuh peranan universiti sebagai institusi yang sentiasa bersama rakyat dan kekal relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

 

Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Amira Farhana Sallehuddin berkata beliau memilih untuk menyertai program ini semasa cuti semester kerana konsep kampung angkat memberi peluang pembelajaran di luar bilik kuliah.

 

“Saya dapat mempelajari pelbagai ilmu serta mengikuti slot motivasi dan aktiviti gotong-royong yang turut mengeratkan hubungan sesama rakan universiti dari fakulti berbeza,” katanya.

 

Rakannya, Nurul Aishah Abdul Kadir, menyifatkan pengalaman berada di kampung dan berinteraksi dengan masyarakat setempat sebagai sesuatu yang membuka dimensi baharu dalam pembentukan sahsiah dirinya.

 

"Saya sebelum ini agak pemalu untuk bertegur sapa, tetapi program ini mengasah kemahiran insaniah dan membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

 

Pelajar Bacelor Ekonomi, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Muhammad Iqbal Afiq Mohamad Azmi berkata, program itu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada dirinya, malah mendorong pelajar untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan komuniti.

 

“Saya berharap dapat terus menyertai program sebegini pada masa akan datang bagi memperkukuhkan ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan,” katanya.

 

Program turut mendapat kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) serta disokong oleh Fakulti Pertanian (FP), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Pusat Strategik dan Perhubungan Korporat (PSPK) serta Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM).

 

Antara daya tarikan utama program ini ialah penganjuran PUTRA MADANI: Malaysia’s Longest Live Community Podcast selama 30 jam tanpa henti, melibatkan penyertaan komuniti, alumni, pakar pertanian, usahawan tempatan dan belia.

 

WYIFTAc~