?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM Bawa Inovasi Sisa Pepejal, Tingkat Kesejahteraan Komuniti Sungai Lui

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin



Serdang, 20 Januari – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Solid Waste Dialogue sekali gus menandakan penutup rasmi projek Dana Inovasi Sosial bertajuk Sustainable Agri-Food Waste Anaerobic Digestion Towards Integrative Permaculture in Ekar Lui for the Livelihood of Sungai Lui Community.

Ketua Projek, Dr. Muhammad Heikal Ismail berkata, projek berkenaan memberi tumpuan kepada pengurusan sisa makanan dan pertanian secara lestari melalui penggunaan teknologi pencernaan anaerobik serta integrasi amalan permakultur bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti Sungai Lui.

Menurut beliau, program tersebut menghimpunkan wakil kerajaan, industri, pakar Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), penyelidik UPM serta rakan sosial Ekar Lui bagi berkongsi pandangan dan amalan terbaik berkaitan pengurusan sisa pepejal secara mampan.

“Projek ini berjaya mengurangkan sisa organik, memperkukuh kapasiti komuniti dalam pengurusan sisa secara lestari serta menyediakan data berasaskan bukti bagi menyokong pembangunan dasar dan polisi pengurusan sisa pepejal di peringkat tempatan dan nasional,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan projek ini membuktikan kolaborasi erat antara universiti, pihak berkuasa tempatan, industri dan komuniti mampu menghasilkan impak signifikan dalam pengurusan sisa pepejal, di samping membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif masa hadapan yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Gs. Dr. Zulfa Hanan Asaari serta wakil Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UPM.

WZCDQAb~