?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM-DNB jalin kerjasama strategik bangun AI Sandbox dan Infrastruktur 5G

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

SERDANG, 4 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi memperkasakan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI).

 

Kerjasama ini bertujuan memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang teknologi termaju, khususnya 5G dan AI, serta memacu transformasi digital dalam pelbagai sektor utama negara.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, pelaksanaan program AI Sandbox dapat mempercepat pertumbuhan pengkomersialan teknologi UPM yang disokong oleh kecerdasan buatan.

 

“AI Sandbox akan menjadi platform untuk menguji inovasi dan aplikasi AI, khususnya dalam industri pertanian serta bioteknologi di Malaysia.

 

“Penyediaan infrastruktur rangkaian 5G berkelajuan tinggi oleh DNB, dengan sokongan rakan strategik seperti Ericsson, amat bertepatan dengan perancangan AI Sandbox yang dihasratkan universiti,” katanya.

 

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata, majlis ini mencerminkan komitmen bersama ke arah meneroka dan memanfaatkan teknologi masa hadapan, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan 5G Advanced sebagai pemacu mobiliti dan sistem penerbangan tanpa pemandu.

 

“Selain membangunkan AI Sandbox bersepadu, UPM turut mewujudkan zon khas untuk mobiliti bandar, pertanian, robotik dan penjagaan kesihatan.

 

“Kementerian Digital komited memastikan golongan belia diberikan peluang bermakna untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital menerusi pendekatan berasaskan pengalaman dunia sebenar dan bersifat amali,” katanya.

 

Dalam pada itu, MoU tersebut tidak melibatkan kos pemasangan kepada UPM, manakala infrastruktur 5G yang disediakan dianggap sebagai sumbangan in-kind oleh DNB dan UPM akan bertanggungjawab terhadap aspek penyelenggaraan, operasi, dan penyesuaian infrastruktur sedia ada.

WYIEUAj~