?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM perkukuh ekosistem seni dan budaya kampus melalui geran aktiviti kolej kediaman

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 26 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh ekosistem seni, budaya dan warisan universiti melalui penyerahan Geran Aktiviti Pemerkasaan Seni, Budaya dan Warisan kepada kolej-kolej kediaman UPM.

 

Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) itu bertujuan memperkasa penganjuran program seni dan budaya di peringkat kolej kediaman secara lebih tersusun, berimpak dan berterusan.

 

Pengarah PKKSSAAS, UPM, Husalshah Rizal Hussian berkata, pemberian geran bernilai RM3,000 kepada setiap kolej kediaman merupakan antara usaha strategik pusat berkenaan dalam melaksanakan peranannya sebagai pusat rujukan, pembangunan dan pemerkasaan seni, budaya serta warisan universiti.

 

“Melalui geran ini PKKSSAAS menyasarkan penganjuran program seni, budaya dan warisan yang lebih terancang serta mampu memberi impak jangka panjang, di samping memperkukuh kerjasama erat antara pihak kolej kediaman dan PKKSSAAS,” katanya.

 

Beliau turut berharap agar barisan pengetua kolej kediaman bersama Majlis Perwakilan Kolej memainkan peranan aktif dalam merealisasikan agenda seni dan budaya kampus melalui perancangan strategik, sokongan padu serta kerjasama berterusan bagi memastikan geran dimanfaatkan secara optimum.

 

“Inisiatif ini selaras dengan aspirasi The True North UPM yang menekankan pembangunan universiti berteraskan nilai kemanusiaan serta keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah pelajar,” katanya.

 

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Prof. Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas berkata, pemerkasaan seni dan budaya merupakan elemen penting dalam pembentukan sahsiah dan integriti pelajar.

 

“Selain akademik pendedahan kepada seni, budaya dan warisan memberi nilai tambah kepada pelajar. Celik budaya membantu pelajar berasimilasi dengan pelbagai kaum, memahami kepelbagaian budaya di Malaysia dan membentuk karakter yang lebih holistik apabila melangkah ke alam kerjaya,” katanya.

 

Sekretariat Kesenian dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Kolej Canselor, UPM, Muhammad Emir Aidan Muhammad Najib berkata, penerimaan geran tersebut membuka ruang luas kepada pelajar untuk merancang dan melaksanakan program seni serta budaya berteraskan ilmu.

 

“Program budaya sebenarnya sangat luas dan tidak terhad kepada tarian atau lakonan semata-mata. Inisiatif ini memberi pengalaman pertama yang bermakna kepada kami untuk meneroka pelbagai dimensi seni dan budaya,” katanya.

 

Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian Majlis Perwakilan Kolej Pendeta Za’ba, UPM, Aisyah Mohd Zahari berkata, inisiatif PKKSSAAS itu sebagai suntikan semangat kepada pelajar untuk tampil dengan idea baharu dalam penganjuran aktiviti kebudayaan.

 

“Secara tidak langsung, inisiatif ini menunjukkan sokongan universiti terhadap usaha pelajar dalam mendidik generasi masa kini mengenai kepentingan seni dan budaya sebagai asas pembinaan jati diri,” katanya.

WZCDKAh~