?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM, Vantris Energy Berhad semarakkan warisan budaya bersama komuniti Serdang

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 8 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi kursus QKK 2101-6: Bakti Siswa menganjurkan program “Warisan Kita, Identiti Negara 2025” bagi menyemarakkan pemeliharaan budaya dan memperkukuh hubungan komuniti di Serdang.

 

Program dua hari itu, dengan sokongan Vantris Energy Berhad, berjaya menghimpunkan seramai 80 peserta daripada komuniti setempat yang terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti tradisional dan kreatif, mencerminkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.

 

Pengarah program, Mohammad Amsyar Najimuddin berkata penganjuran tersebut bertujuan mewujudkan suasana interaksi mesra antara pelajar dan masyarakat, selain mengeratkan hubungan komuniti serta memupuk semangat kerjasama merentas kaum.

 

“Inisiatif berkenaan selari dengan aspirasi UPM untuk melahirkan graduan holistik yang seimbang dari segi akademik, sahsiah, kepimpinan dan kesedaran sosial,” katanya.

 

Antara pengisian utama program ialah pertandingan pembuatan kolam, anyaman ketupat dan pembuatan tanglung Cina, selain permainan tradisional yang menampilkan kepelbagaian seni dan budaya negara.

 

Pelajar Bacelor Sains Bioteknologi Dengan Kepujian, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM, Khalija Taufik berkata program tersebut membuka ruang kepada pelajar untuk lebih dekat dengan komuniti setempat di samping menyemai nilai identiti negara dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.

 

“Penglibatan secara langsung ini memberi pengalaman bermakna dan meningkatkan kefahaman kami terhadap warisan budaya,” katanya.

 

Bagi pelajar Bacelor Teknologi Pertanian Pintar Dengan Kepujian, Fakulti Pertanian, UPM, Thiwager a/l S Saravannan, berkata program berkenaan relevan dalam memberi pendedahan tentang kepelbagaian kebudayaan dan kesenian negara.

 

 “Melalui aktiviti seperti melukis dan kraf tradisional, saya dapat memahami teknik serta nilai di sebalik setiap seni yang dipelajari,” katanya.

 

Program turut dimeriahkan dengan Sesi Taklimat dan Bengkel Batik bertajuk “Apa yang Perlu Diketahui tentang Batik” yang dikendalikan oleh Cikgu Ismail daripada Ismail Batik Art Resources. Peserta didedahkan kepada teknik canting dan asas pembuatan batik secara praktikal.

 

Dalam pada itu, pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini mencerminkan komitmen UPM dalam membangunkan pelajar yang berdaya saing, beridentiti dan berakar pada nilai budaya negara.

WZCDMA6~