?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Pendekatan Integrasi dan Teknologi Baharu Lonjak Produktiviti Ternakan Ruminan

Ringkasan Artikel

Industri ternakan ruminan di Malaysia kini menunjukkan perkembangan yang semakin positif, khususnya dalam kalangan penternak kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang kepada bekalan daging tempatan. Ternakan lembu, kambing dan biri-biri kekal sebagai sumber protein penting kepada rakyat. Walaupun kadar sara diri bagi daging lembu dan kambing masih rendah berbanding ayam atau khinzir, usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memperkukuh industri ini semakin giat dijalankan. Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Iswan Budy Suyub, kebanyakan penternak kini mengamalkan sistem fidlot dan separa intensif bagi ternakan lembu pedaging, bergantung kepada keluasan tanah serta sumber makanan yang tersedia.




Industri ternakan ruminan di Malaysia kini menunjukkan perkembangan yang semakin positif, khususnya dalam kalangan penternak kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang kepada bekalan daging tempatan.

Ternakan lembu, kambing dan biri-biri kekal sebagai sumber protein penting kepada rakyat. Walaupun kadar sara diri bagi daging lembu dan kambing masih rendah berbanding ayam atau khinzir, usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memperkukuh industri ini semakin giat dijalankan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Iswan Budy Suyub, kebanyakan penternak kini mengamalkan sistem fidlot dan separa intensif bagi ternakan lembu pedaging, bergantung kepada keluasan tanah serta sumber makanan yang tersedia.

Di kawasan luar bandar, ramai penternak memilih sistem integrasi tanaman dan ternakan seperti menternak lembu di ladang kelapa sawit atau kawasan rumput napier. Kaedah ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos makanan ternakan, malah membantu memaksimumkan penggunaan tanah secara optimum.

Beliau menjelaskan bahawa ternakan kambing dan biri-biri pula lebih sesuai dijalankan secara intensif di kawasan yang terhad. Penggunaan baka berkualiti seperti Santa Ines, Dorper dan Barbados Blackbelly menunjukkan prestasi yang baik dalam iklim tropika, sekali gus meningkatkan produktiviti serta hasil ternakan.




Dr. Iswan turut menekankan bahawa perancangan awal yang baik menjadi asas kepada kejayaan sesebuah ladang. Antara aspek penting yang perlu diberi perhatian termasuk pemilihan lokasi yang sesuai, penyediaan kemudahan asas seperti kandang dan sistem saliran, serta jaminan sumber makanan yang mencukupi sepanjang tahun.

Selain itu, penternak juga perlu menilai kemampuan tenaga kerja dan modal, serta mengenal pasti pasaran sasaran sebelum memulakan operasi. Pemilihan baka yang sesuai dengan persekitaran tempatan dan pengurusan kesihatan ternakan yang sistematik akan memastikan ladang kekal produktif serta berdaya saing.

Industri ternakan ruminan di Malaysia kini bergerak ke arah pengurusan moden dan mampan, seiring dengan penggunaan teknologi baharu serta amalan pengurusan terbaik. Sokongan berterusan daripada agensi kerajaan turut membantu meningkatkan tahap sara diri daging negara.

Dengan potensi besar untuk menjana pendapatan luar bandar dan memperkukuh keselamatan makanan negara, industri ternakan ruminan terus menjadi salah satu pemacu penting dalam ekonomi pertanian Malaysia.

Selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) yang menekankan keterjaminan makanan serta pembangunan ekonomi agro, Universiti Putra Malaysia (UPM) kekal komited sebagai universiti peneraju keterjaminan makanan negara dengan memperkukuh usaha ke arah sistem pertanian yang moden, mampan dan berdaya saing.

WZEEVAs~