?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Pertanian Pintar dan Digital, Masa Depan Keselamatan Makanan Negara

Ringkasan Artikel

Gabungan data, sensor dan kecerdasan buatan membolehkan petani beralih daripada pendekatan reaktif kepada pendekatan proaktif. Sensor mengumpul data seperti suhu, kelembapan, nutrien tanah dan tekanan perosak, yang kemudiannya dianalisis menggunakan sistem analitik atau AI.

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin







Sektor pertanian tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional yang diwarisi turun-temurun. Perubahan iklim, ketidaktentuan cuaca, peningkatan kos input serta tekanan terhadap keselamatan makanan menuntut pendekatan baharu yang lebih tepat, cekap dan lestari. Di sinilah pertanian pintar dan digital muncul sebagai pemangkin transformasi sektor pertanian negara.

Berbeza dengan pertanian konvensional yang banyak bergantung kepada pengalaman dan pemerhatian manual, pertanian pintar menekankan pembuatan keputusan berasaskan data sebenar di ladang. Melalui penggunaan sensor, sistem digital, automasi dan kecerdasan buatan, petani kini mampu mengetahui keperluan tanaman secara tepat, bukan lagi berdasarkan anggaran atau rutin semata-mata.

Sebagai contoh, sensor kelembapan tanah dapat menentukan bila tanaman benar-benar memerlukan air. Sistem ini bukan sahaja mengelakkan pembaziran air, malah membantu memastikan pertumbuhan tanaman yang lebih konsisten. Pendekatan berasaskan data seperti ini terbukti mampu meningkatkan kecekapan penggunaan input sehingga 20 hingga 30 peratus, di samping mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.


Teknologi yang semakin menjadi norma di ladang


Menurut Timbalan Dekan, Akademik dan Hal Ehwal Pelajar,   Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, berkata, Di Malaysia, penggunaan teknologi pertanian pintar semakin meluas, khususnya dalam sektor hortikultur, padi, ternakan dan akuakultur. Antara teknologi yang paling banyak digunakan ialah sensor tanah dan cuaca, sistem pengairan dan fertigasi automatik, aplikasi pengurusan ladang serta penggunaan dron.




Beliau berkata di Malaysia, penggunaan teknologi pertanian pintar semakin meluas, khususnya dalam sektor hortikultur, padi, ternakan dan akuakultur. Antara teknologi yang paling banyak digunakan ialah sensor tanah dan cuaca, sistem pengairan dan fertigasi automatik, aplikasi pengurusan ladang serta penggunaan dron.

Dalam penanaman hortikultur dan padi, sistem fertigasi automatik telah menunjukkan peningkatan hasil sekitar 15 hingga 25 peratus, bergantung kepada jenis tanaman dan tahap pengurusan. Dron pula digunakan untuk pemetaan ladang, pemantauan kesihatan tanaman serta semburan tepat, yang mampu mengurangkan penggunaan racun perosak sehingga 30 hingga 40 peratus.

Dalam sektor ternakan dan perikanan, sensor memainkan peranan penting dalam mengawal persekitaran. Sensor suhu dan kelembapan dalam rumah penternakan ayam membantu mengurangkan tekanan haba, manakala sensor oksigen terlarut dalam kolam ikan membantu mengawal kadar kematian ternakan. Semua ini menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kestabilan hasil.

Keputusan reaktif kepada keputusan proaktif

Gabungan data, sensor dan kecerdasan buatan membolehkan petani beralih daripada pendekatan reaktif kepada pendekatan proaktif. Sensor mengumpul data seperti suhu, kelembapan, nutrien tanah dan tekanan perosak, yang kemudiannya dianalisis menggunakan sistem analitik atau AI.

Melalui analisis ini, sistem dapat memberikan cadangan khusus seperti masa terbaik untuk menyiram, membaja atau menjalankan kawalan penyakit. Lebih penting, AI juga mampu meramalkan risiko serangan penyakit berdasarkan corak cuaca dan sejarah ladang. Kajian menunjukkan penggunaan sistem sokongan keputusan berasaskan AI boleh mengurangkan kehilangan hasil sehingga 20 peratus.

Pendekatan ini dikenali sebagai precision agriculture, iaitu penggunaan input secara tepat, bersasar dan berdasarkan keperluan sebenar tanaman.

Bukan hanya untuk ladang besar

Salah satu salah tanggapan terhadap pertanian pintar ialah anggapan bahawa teknologi ini hanya sesuai untuk ladang berskala besar. Hakikatnya, petani kecil dan sederhana berpotensi mendapat manfaat yang lebih besar kerana mereka lebih terdedah kepada risiko cuaca dan pembaziran input.

Dengan teknologi berskala kecil dan kos rendah seperti sensor asas, sistem pengairan pintar ringkas dan aplikasi mudah alih, petani kecil boleh meningkatkan kecekapan dengan pelaburan minimum. Contohnya, sistem pengairan pintar berskala kecil mampu mengurangkan penggunaan air sehingga 30 peratus, sekali gus menurunkan kos operasi.

Pendekatan inklusif ini penting bagi memastikan transformasi digital pertanian tidak meninggalkan golongan petani kecil.

Penjimatan kos dan kestabilan hasil

Peralihan kepada sistem pertanian digital sememangnya memerlukan kos permulaan. Namun, dalam jangka sederhana, banyak kajian menunjukkan kos operasi boleh dikurangkan antara 10 hingga 25 peratus melalui penjimatan air, baja dan racun perosak.

Selain itu, pertanian digital membantu menghasilkan tanaman yang lebih seragam dan berkualiti, sekali gus memudahkan akses kepada pasaran dan harga premium. Dalam banyak kes, tempoh pulangan pelaburan dapat dicapai dalam dua hingga tiga musim tanaman, bergantung kepada jenis teknologi dan tanaman.

Menyokong keselamatan dan kedaulatan makanan

Dalam konteks keselamatan makanan negara, pertanian pintar memainkan peranan strategik dalam meningkatkan produktiviti dan kestabilan pengeluaran domestik. Malaysia masih bergantung kepada import bagi beberapa komoditi makanan, khususnya sayur-sayuran dan makanan tertentu.

Sekiranya produktiviti tanaman utama dapat ditingkatkan walaupun 10 hingga 15 peratus secara konsisten, impaknya terhadap pengurangan kebergantungan import adalah signifikan. Lebih penting, pertanian pintar menyumbang kepada pembinaan sistem makanan yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan gangguan global.




Peranan UPM sebagai pemacu inovasi

Dalam pada itu, beliau turut berkata, UPM memainkan peranan penting sebagai pemacu ilmu dan inovasi pertanian negara. Selain membangunkan teknologi melalui penyelidikan, UPM memastikan teknologi yang dihasilkan bersifat praktikal, boleh diguna dan mampu milik oleh petani.

UPM turut melahirkan modal insan yang mahir dalam pertanian digital melalui program akademik yang berteraskan teknologi. Antaranya ialah penawaran Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian di Fakulti Pertanian, yang mendapat akreditasi Lembaga Teknologis Malaysia dan dijangka melahirkan graduan sulung pada tahun 2026. Program-program lain di fakulti tersebut juga telah lama menerapkan elemen pertanian berasaskan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui ladang universiti, projek komuniti, latihan petani dan kerjasama industri, UPM menjadi jambatan antara makmal, ladang dan industri.

Cabaran dan hala tuju masa depan

Walaupun potensinya besar, penggunaan pertanian pintar masih berdepan beberapa cabaran seperti kos permulaan, tahap literasi digital petani serta kekangan infrastruktur, khususnya capaian internet di luar bandar. Keyakinan petani terhadap teknologi baharu dan keperluan sokongan teknikal berterusan juga tidak boleh dipandang ringan.

Namun, kajian menunjukkan kadar penerimaan teknologi meningkat dengan ketara apabila petani diberikan latihan, demonstrasi lapangan dan sokongan berterusan. Kerjasama erat antara universiti, agensi kerajaan dan industri menjadi kunci kejayaan transformasi ini.

Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, pertanian Malaysia dijangka menjadi lebih berasaskan data, automatik dan lestari. Teknologi bukan lagi pilihan tambahan, tetapi keperluan asas. Dengan sokongan ilmu, inovasi dan dasar yang tepat, pertanian pintar berpotensi menjadi tunjang kepada keselamatan makanan dan daya saing negara.

 

WZCEUA~