???? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM anjur Persidangan SIDE 2025 pacu inovasi sosial dalam reka bentuk dan persekitaran binaan

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Najman Saleh

 

 

PUTRAJAYA, 25 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Fakulti Rekebentuk dan Senibina (FRSB) telah menganjurkan 1st International Conference on Social innovation in design and Built Enviroment (SIDE) 2025 bagi memacu inovasi sosial dalam reka bentuk dan persekitaran binaan masa kini.

 

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts. Mustapha Sakmud hadir merasmikan persidangan tersebut.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata persidangan ini merupakan komitmen bersama untuk meneroka bagaimana inovasi sosial dapat mentakrif semula cara reka bentuk dan membangunkan persekitaran yang berdaya tahan, inklusif dan lestari.

 

“Ini adalah penting untuk kita memperkukuh kerjasama antara akademia, industri, dan pembuat dasar bagi membuka peluang ekonomi baharu serta membentuk masa depan yang lebih lestari dan inovatif,” katanya.

 

Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan juga menyampaikan ucap utamanya “The Role of Social Innovation in the Built Environment” yang menekankan kepentingan inovasi sosial dalam pembangunan mampan dan perancangan bandar.

 

“Selain itu, keperluan strategi pembangunan bandar yang lebih adaptif, inklusif dan berdaya tahan untuk memastikan kelestarian jangka panjang. Universiti turut memberi sumbangan dalam memperkukuh inovasi sosial dalam persekitaran binaan melalui penyelidikan dan inisiatif komuniti,” katanya.

 

Dekan FRSB, UPM, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof, berkata persidangan ini menekankan bagaimana ekonomi kreatif boleh menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, kelestarian dan transformasi sosial negara.

 

“Saya berpandangan sudah tiba masanya untuk kita memberi tumpuan kepada inovasi sosial kerana negara sebenarnya  mempunyai inovasi produk, teknologi pembinaan dan sebagainya namun kurang diberi perhatian kepada aspek sosial,”katanya

 

“Kita perlu mencipta sesuatu yang memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat secara sosial kerana kita hidup dalam persekitaran tersebut dan jika kita tidak menangani aspek kelestarian serta keselesaan,ia akan merencatkan tujuan sebenar pembangunan itu sendiri,” katanya.

 

“Kita sering terlepas pandang bahawa inovasi sosial adalah penting dan pemberdayaan sosial dalam masyarakat perlu diperkasakan dan tidak boleh melupakan fungsi flora dan fauna dalam melaksanakan pembangunan secara lestari,” tambah beliau.

 

Selain itu, Persidangan SIDE 2025 telah berjaya menghimpunkan 100 ahli akademik, pemimpin industri, pembuat dasar dan profesional kreatif untuk meneroka peranan inovasi sosial dalam reka bentuk dan persekitaran binaan.

 

Antara topik yang dibincangkan termasuk ekonomi kitaran dalam seni bina, bandar pintar, inovasi digital dalam industri kreatif, dan inisiatif reka bentuk berasaskan komuniti.

 

Pengerusi Persidangan SIDE 2025, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Zairul Mohd Noor, berkata keperluan sinergi yang lebih erat antara industri dan akademia dalam memperkasakan ekonomi kreatif Malaysia.

 

“Melalui persidangan ini  kita bukan sekadar membincangkan idea malah sedang membentuk strategi yang boleh dilaksanakan untuk memastikan pemikiran reka bentuk, kelestarian dan kemajuan teknologi menyumbang secara bermakna kepada daya tahan bandar, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti.

 

“Ekonomi kreatif adalah masa depan dan akademia perlu memainkan peranan aktif dalam mencorakkan halatuju ini dalam memastikan bahawa reka bentuk, inovasi,dan impak sosial bergerak seiring,” katanya.

 

WYFJNAK~