?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM perkukuh agenda pembangunan Borneo menerusi inisiatif Sabah–Sarawak

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

 

PUTRAJAYA, 9 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pembangunan wilayah Borneo menerusi pelaksanaan Inisiatif Borneo: Sabah–Sarawak–UPM, susulan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, hari ini.

 

Kunjungan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi dan Kerajaan Persekutuan ke arah mempercepat pembangunan sosioekonomi Sabah dan Sarawak secara inklusif serta mampan.

 

Inisiatif tersebut menampilkan pendekatan menyeluruh berasaskan empat teras utama iaitu pendidikan, inovasi, pembangunan bakat dan komuniti, yang dirangka bagi menangani cabaran pembangunan wilayah serta memperkukuh daya tahan ekonomi Borneo.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata universiti komited memperluas akses pendidikan berkualiti khususnya di kawasan luar bandar, di samping mempertingkat mobiliti pelajar dan tenaga akademik merentas negeri serta institusi.

 

“Dalam aspek inovasi UPM memberi tumpuan kepada transformasi sektor pertanian melalui teknologi pintar seperti digital agriculture, kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) bagi memperkukuh sekuriti makanan negara,” katanya.

 

Tambah beliau, teras pembangunan bakat pula memberi penekanan kepada pemerkasaan TVET, keusahawanan dan agropreneur muda bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

 

“Pada masa sama, UPM komited memacu pembangunan komuniti secara inklusif melalui pemindahan ilmu, peningkatan taraf hidup dan usaha merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar,” katanya.

 

Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan turut menegaskan pendekatan strategik itu selari dengan kekuatan UPM sebagai universiti penyelidikan yang menerajui bidang pertanian, sains dan kelestarian.

 

“UPM terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan melalui pelaksanaan Blueprint Keterjaminan Makanan yang kini menjadi rujukan di peringkat nasional dan serantau Asia Pasifik,” katanya.

 

Pengarah Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, berkata kerjasama strategik antara universiti dan wilayah merupakan kunci kepada pembangunan lestari Borneo.

 

“Antara inisiatif berimpak tinggi yang diketengahkan termasuk AgriHub@Gedong sebagai model transformasi pertanian pintar, penubuhan Sekolah Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan (SVAS), serta pengukuhan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) sebagai platform kerjasama serantau.

 

“Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda pembangunan wilayah di bawah kerangka BIMP-EAGA, malah memperkukuh sekuriti makanan, memperkasa belia dan meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar di Sabah dan Sarawak,” katanya.

 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri, Khairul Iswadi Ishak serta Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri, Mohd Faiz Zainol Abidin.

 

 

 

 

 

WZEJXA~