?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Putra Nahwan Dominasi Malam Irama Nasyid MAKUM 2026

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 

SERDANG, 15 April – Kumpulan nasyid Universiti Putra Malaysia (UPM), Putra Nahwan, melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalam pertandingan Malam Irama Nasyid, Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2026.

 

Kejayaan tersebut sekali gus mengangkat nama UPM di pentas kebangsaan, selain menyerlahkan keunggulan bakat seni mahasiswa dalam memartabatkan seni nasyid sebagai medium dakwah dan pembangunan sahsiah.

 

Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM, Husalshah Rizal Hussian berkata kemenangan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar terhadap usaha, komitmen dan dedikasi kumpulan dalam memartabatkan seni nasyid di peringkat universiti awam.

 

“Kemenangan ini bukan sahaja melambangkan keunggulan bakat mahasiswa, malah membuktikan bahawa seni budaya mampu menjadi medium dakwah yang berkesan serta platform pembangunan sahsiah pelajar.

 

“Secara keseluruhan, kejayaan ini memperkukuh imej universiti sebagai institusi yang seimbang dalam aspek akademik dan pembangunan sahsiah melalui kesenian, di samping menjadi simbol kejayaan sinergi antara PKKSSAAS dan BHEP dalam melahirkan pelajar yang holistik dan berdaya saing,” katanya.

 

Menurut beliau, kejayaan tersebut merupakan hasil daripada persediaan yang rapi dan berstruktur, termasuk latihan intensif yang konsisten dari segi vokal, harmoni, kawalan pentas serta penghayatan lirik.

 

 

“Aspek pemilihan lagu, susunan muzik yang kreatif serta konsep persembahan turut diberi penekanan bagi memastikan kelainan dan impak kepada juri serta penonton.

 

“Kami juga bertuah dapat bekerjasama dengan komposer terkenal, Wan Saleh yang juga alumni Putra Nahwan, di mana hasil karya beliau memberi impak besar kepada persembahan kumpulan ini,” katanya.

 

Pertandingan anjuran MAKUM dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menghimpunkan kumpulan nasyid terbaik dari universiti awam seluruh negara.

 

Selain UPM muncul juara, tempat kedua dimenangi oleh Insof dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), diikuti Intracksee dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di tempat ketiga.

 

Mengulas berkenaan perancangan kecemerlangan kumpulan tersebut, beliau berkata kerjasama merangka beberapa siri latihan akan dilaksanakan bagi memastikan momentum kejayaan dapat dikekalkan.

 

“Usaha melahirkan pelapis baharu akan diperkasakan melalui sistem pembangunan bakat yang tersusun serta penglibatan mahasiswa dan alumni, selain penambahbaikan dari segi kualiti produksi dan kreativiti persembahan,” katanya.

 

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan UPM dalam memperkasa pembangunan bakat seni mahasiswa secara holistik, selaras dengan aspirasi melahirkan graduan seimbang dari segi intelektual, sahsiah dan kreativiti.

WZERVAi~