?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM anjur Program Pensijilan Sukarelawan Kebangsaan 2026, perkasa kompetensi mahasiswa

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 17 April — Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) menganjurkan Program Pensijilan Sukarelawan dan Asas Kecemasan Kebangsaan 2026 yang menghimpunkan 81 mahasiswa universiti awam bagi memperkukuh kemahiran dan profesionalisme sukarelawan pelajar, baru-baru ini.

 

Program ini bertujuan menyeragamkan kompetensi sukarelawan mahasiswa, meningkatkan tahap keselamatan semasa pelaksanaan misi, serta membentuk sukarelawan yang berdisiplin dan berkemahiran melalui modul latihan berstruktur.

 

Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Mohd. Mursyid Arshad berkata, kepelbagaian amalan dalam misi sukarelawan pelajar memerlukan penyelarasan bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi di lapangan.

 

"Selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035, program ini membantu merapatkan jurang dalam pembinaan sahsiah pemimpin masa hadapan, khususnya dari aspek kepemimpinan beretika dan penerapan nilai murni,” katanya.

 

Selain itu, penglibatan universiti dalam pelbagai misi sukarelawan seperti bantuan pasca banjir, khidmat masyarakat dan program keluarga angkat menuntut latihan yang sistematik bagi melahirkan mahasiswa yang bersedia memimpin serta berdaya tahan.

 

Pengarah Program, Emilia Umairah Zulkifli Gan, 22, berkata penganjuran program selama dua hari itu memberi pendedahan menyeluruh kepada aspek pengurusan, kepimpinan dan kawalan emosi dalam situasi mencabar.

 

“Pengalaman mengendalikan program berskala besar ini mengajar kami untuk menjadi pemimpin yang lebih efektif, dengan keutamaan kepada kebajikan peserta dan penyampaian ilmu secara optimum,” katanya.

 

Peserta dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Azura Safiyani Shafie, 22, berkata program berkenaan sebagai platform pembelajaran yang bermanfaat, khususnya dalam aspek disiplin dan kemahiran asas sukarelawan.

 

“Kami didedahkan dengan latihan pertolongan cemas, etika sukarelawan serta kepimpinan. Program ini sangat memberi nilai tambah dan diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

 

Dalam pada itu, program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada Majlis Sukarelawan Universiti Awam (MASKUM), Majlis Kokurikulum Universiti Awam (UNICC) serta Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor.

WZERSAZ~