?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM–MCMC Perkukuh Kerjasama Strategik Pacu Agenda Digital dan Sekuriti Makanan Negara

 

CYBERJAYA, 16 April - Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh langkah strategiknya dalam agenda pendigitalan negara apabila mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hari ini, bagi meneroka kerjasama berimpak tinggi merangkumi teknologi digital, penyelidikan telekomunikasi serta pembangunan bakat.

 

Pertemuan yang berlangsung di Pejabat Pengerusi, MCMC Tower 1 itu diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Dato’ Sri Jailani Johari dan disambut Pengerusi MCMC, Tan Sri (Dr.) Mohamad Salim Fateh Din.

 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin serta Pengarah Putra Science Park, Prof. Dr. Samsilah Roslan, manakala pihak MCMC diwakili Ketua Pegawai Pembangunan Industri (CIDO), Muhammad Razali Anuar dan Ketua Pegawai Sumber Manusia (CHRO), Dr. Murugappan.

 

Dalam sesi perbincangan tersebut, UPM membentangkan tiga inisiatif strategik yang dilihat berpotensi menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem ekonomi digital negara.

 

Antaranya penganjuran University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 23 September ini di World Trade Centre Kuala Lumpur, sebagai platform mempertemukan penyelidik universiti dengan pemain industri bagi memacu pelaburan dalam inovasi.

 

Selain itu, inisiatif The 2026 Regulatory Imperative: Regulatory Surge diketengahkan bagi membincangkan keperluan kerangka kawal selia yang lebih responsif dalam menghadapi landskap digital yang semakin kompleks, sekali gus memastikan ekosistem komunikasi negara kekal selamat dan berdaya saing.

 

 

UPM turut memperkenalkan projek rintis Digital Agri Sandbox: 5G and AI for National Food Security yang menggabungkan teknologi 5G dan kecerdasan buatan dalam sektor pertanian, dengan sasaran meningkatkan produktiviti serta memperkukuh sekuriti makanan negara secara mampan.

 

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan UPM dalam memperluas jaringan kerjasama dengan agensi peneraju pendigitalan negara, selain memperkukuh peranan universiti sebagai pemacu penyelesaian berasaskan teknologi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

 

Langkah ini juga dilihat membuka ruang kepada kolaborasi strategik yang bukan sahaja memperkasa inovasi dan penyelidikan, malah memberi impak langsung kepada pembangunan industri serta kesejahteraan masyarakat.

WZERVAK~