?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Pameran Sejarah UPM semarakkan Karnival True North Putra 2026

 

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Syuqqree Mohd Dain

 

SERDANG, 29 Jan — Pameran Sejarah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) menjadi antara pengisian signifikan sempena Karnival True North Putra bersempena Majlis Perutusan dan Amanat Naib Canselor UPM Tahun 2026, hari ini.

 

Ketua Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan PSAS, UPM, Muizzudin Kaspol berkata, pameran tersebut merupakan satu penghormatan besar apabila Unit Arkib UPM diberi peluang untuk mempamerkan perjalanan sejarah universiti itu kepada warga kampus.

 

“Pameran Sejarah UPM ini mengetengahkan peredaran institusi bermula sebagai Sekolah Pertanian, Kolej Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia sehingga menjadi Universiti Putra Malaysia seperti hari ini,” katanya.

 

Beliau berkata, pameran itu memaparkan kesinambungan ilmu, warisan serta transformasi UPM, selain menonjolkan bahan-bahan arkib terpilih yang disimpan oleh Unit Arkib untuk dikongsi bersama warga universiti.

 

“Signifikan pameran ini adalah untuk memastikan warga kampus terus mempunyai jati diri dan memahami akar umbi UPM sebagai institusi berteras pertanian, selari dengan sokongan universiti terhadap inisiatif pertanian dan keterjaminan makanan negara,” katanya.

 

Tambah beliau, pameran tersebut adalah sejajar dengan True North UPM sebagai hala tuju strategik universiti yang menghubungkan visi dan misi UPM dengan matlamat pembangunan mampan, demi melahirkan impak berterusan kepada masyarakat dan peradaban ilmu.

 

“Pameran ini kita bukan sahaja merakam sejarah malah memperkukuh kefahaman warga kampus terhadap hala tuju True North UPM yang menuntut kita kekal berpaksikan nilai, warisan dan tanggungjawab kepada masyarakat untuk terus bergerak ke hadapan sebagai universiti berimpak dan relevan,” katanya.

 

Muizzudin berkata, persediaan pameran turut melibatkan usaha mengesan dan mengumpulkan semula artifak serta bahan bersejarah berkaitan UPM, termasuk bahan-bahan pertanian yang terdapat di sekitar kampus.

 

“Kami berharap warga kampus dapat menyimpan dan berkongsi bahan-bahan berkaitan sejarah UPM untuk didokumentasikan bersama Unit Arkib UPM. Foto-foto yang dipamerkan juga cuba dikaitkan dengan artifak yang berjaya dikumpulkan,” katanya.

 

Pameran tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh sebulan melalui pembahagian tugasan mengikut zon dan peranan staf dengan penekanan diberikan kepada ketepatan fakta dan sumber yang sahih.

 

Pustakawan Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan PSAS, UPM, Norhazura Hamzah berkata, proses penyediaan pameran bermula dengan sesi perbincangan intensif sebelum kandungan pameran dipecahkan mengikut era perkembangan UPM.

 

“Pameran ini dibahagikan mengikut fasa iaitu Sekolah Pertanian, Kolej Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Setiap era turut dipadankan dengan perkembangan sektor pertanian pada zaman berkenaan,” katanya.

 

Tambah beliau, pameran itu turut menampilkan artifak asli seperti mikroskop dari Fakulti Pertanian serta bahan lain yang mencerminkan evolusi penyelidikan dan aplikasi pertanian daripada peringkat asas sehingga pembangunan dasar keselamatan makanan negara.

 

“Seramai 15 staf Unit Arkib terlibat dalam menjayakan pameran ini dengan peranan masing-masing dan pegawai memberi tumpuan kepada penyediaan kandungan,” katanya.

 

Norhazura berkata, elemen kontemporari seperti herbarium dan terrarium diketengahkan selari dengan minat serta kepakaran staf serta berteraskan tema pertanian sebagai identiti utama UPM.

 

“Pendekatan ini turut menampilkan kaedah penanaman pertanian baharu yang diterjemahkan dalam aspek hiasan,” katanya.

 

Mengulas kepentingan arkib, beliau berkata, sesuatu bahan atau artifak akan menjadi lebih bernilai apabila diteliti dari sudut sejarah dan konteksnya.

 

“Contohnya pisau toreh getah yang kelihatan biasa, tetapi sebenarnya mendedahkan bahawa getah merupakan antara tanaman utama semasa era Sekolah Pertanian. Di sinilah peranan arkib untuk memelihara khazanah dan warisan UPM agar dapat dihargai oleh generasi hari ini,” katanya.

 

Dalam pada itu, pameran ini dirancang untuk ditempatkan di beberapa galeri terpilih sebagai langkah awal ke arah penubuhan Muzium Pertanian UPM dan bakal mengadakan kolaborasi dengan pusat tanggungjawab lain termasuk Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), UPM.

 

WZCDKAh~