?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Pelajar UPM lunaskan zakat RM20,000 hasil perniagaan sendiri

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 


SERDANG, 26 Mac - Pelajar tahun akhir Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Hafidz Shahril Izwan membuktikan kejayaan dalam perniagaan tidak hanya diukur melalui keuntungan, malah melalui tanggungjawab sosial apabila menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM20,000 pada usia muda.

 

Beliau merupakan pengasas Syarikat Vartico yang menjalankan perniagaan percetakan baju, lanyard, gegantung (bunting) serta medal sejak tahun 2021.

 

Pencapaian luar biasa ini meletakkan beliau dalam kelompok kecil pelajar univeristi yang mampu mencapai tahap sedemikian dan tindakan tersebut bukan sahaja mencerminkan kestabilan perniagaan yang diusahakan, sebaliknya menunjukkan komitmen beliau terhadap prinsip keusahawanan berteraskan nilai Islam.

 

Muhammad Hafidz, 23, berkata hasrat untuk menunaikan zakat ini merupakan impiannya sejak awal penglibatan dalam dunia perniagaan kerana beliau percaya setiap keuntungan yang diperoleh mempunyai hak yang perlu ditunaikan.

 

“Saya amat bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T berikan dan saya berhasrat mahu tunaikan zakat apabila memperoleh kesenangan hasil dari perniagaan saya,” katanya.

 

Tambah beliau, didikan keluarga menjadi faktor utama yang membentuk kesedaran tersebut, selain mengingatkan bahawa kekayaan merupakan amanah yang perlu dimanfaatkan untuk membantu golongan yang memerlukan.

 

“Ibu bapa saya sentiasa mengingatkan apabila perniagaan kita sudah berjaya dan berada dalam keadaan senang, jangan lupa menunaikan zakat serta membantu mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

 

Sebagai komitmen berterusan, beliau memperuntukkan antara 10 hingga 20 peratus daripada keuntungan tahunan bagi tujuan zakat untuk memastikan tanggungjawab tersebut dilaksanakan secara konsisten.

 

Beliau turut berpandangan kejayaan sebenar bukan hanya terletak pada angka keuntungan tahunan tetapi kepada keberkatan serta impak positif yang dapat diwujudkan kepada masyarakat.

 

“Bagi saya keuntungan dan tanggungjawab sosial tidak seharusnya dipisahkan kerana kedua-duanya saling melengkapi dalam membentuk perniagaan yang mampan dan memberi impak kepada masyarakat,” katanya.

 

Terdahulu, Muhammad Hafidz menyerahkan sumbangan zakat dalam Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UPM yang berlangsung di Masjid UPM yang menghimpunkan kira-kira 1,000 warga universiti dan komuniti setempat baru-baru ini.

 

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada pelajar asnaf serta penerimaan dana zakat dan wakaf yang diuruskan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), UPM.

WZCcGA2~