?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM Perkasa Komuniti Pulau Pangkor Melalui Projek Baja Kompos Lestar

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin



PULAU PANGKOR, 8 Februari
– Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh peranannya dalam pemerkasaan komuniti setempat menerusi penglibatan aktif dalam Program Pembangunan Komuniti MADANI Pulau Pangkor melalui pelaksanaan projek baja kompos bersama komuniti.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) itu bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran komuniti terhadap kepentingan pengurusan sisa organik secara berkesan dan lestari, selari dengan aspirasi pembangunan Komuniti MADANI serta agenda kelestarian alam sekitar negara.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti UPM (UCTC UPM), Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni, projek tersebut merupakan pendekatan praktikal yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat.

“UPM bukan sekadar memindahkan ilmu, tetapi turut membimbing komuniti sehingga mereka benar-benar mampu mengaplikasikan amalan pengurusan sisa secara lestari dan menjana nilai ekonomi daripadanya.

“UPM telah menyumbangkan 10 unit drum kompos berputar berkapasiti 160 liter setiap satu yang mampu menghasilkan antara 15 hingga 30 kilogram baja kompos dalam tempoh dua hingga tiga bulan,’’ katanya.

Beliau berkata, penghasilan baja kompos tersebut bukan sahaja membantu komuniti mengurangkan kos input pertanian, malah membuka peluang penjanaan pendapatan tambahan dengan anggaran jualan sekitar RM4 sekilogram.


“Permintaan terhadap baja kompos yang dihasilkan amat menggalakkan sehingga terdapat tempahan awal dibuat sementara menunggu kompos mencapai tahap matang,” ujarnya.

Dalam pada itu, UPM telah mula mendidik dan membimbing komuniti Pulau Pangkor dalam penghasilan baja kompos sejak Julai 2025. Hasil pemindahan ilmu dan bimbingan berterusan itu, komuniti setempat kini mula menikmati penjimatan kos pembelian baja serta peningkatan pendapatan.





Program berkenaan turut diserikan dengan lawatan tapak projek baja kompos di Kampung Teluk Gedung yang telah dirasmikan olehMenteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib.

Beliau berharap agar pelaksanaan Program Pembangunan Komuniti MADANI Pulau Pangkor dapat memberi impak jangka panjang dalam memperkasa komuniti setempat melalui amalan pengurusan sisa yang mampan, peningkatan ekonomi komuniti serta pemeliharaan alam sekitar secara berterusan.

WZCcGAg~