?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Terapi Kognitif dan Tingkahlaku perkukuh landskap kesihatan mental Malaysia

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Saleha Haron

 

SERDANG, 23 Feb – Terapi Kognitif dan Tingkahlaku atau Cognitive Behavioural Therapy (CBT) terus diiktiraf sebagai antara pendekatan psikoterapi paling berkesan dalam menangani isu kesihatan mental di Malaysia, seiring peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesejahteraan psikologi.

 

Pensyarah Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Firdaus Mukhtar berkata CBT merupakan terapi berasaskan bukti yang memberi tumpuan kepada hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang.

 

“CBT membantu pesakit memahami bagaimana corak pemikiran negatif mempengaruhi emosi dan tindakan mereka. Melalui terapi ini, pesakit diajar untuk mengenal pasti, mencabar dan menyusun semula pemikiran yang tidak realistik atau merosakkan,” katanya semasa di Syarahan Inaugural ‘The Power of thoughts and Action Advancing Healthcare through the Science of Cognitive Behavioural Therapy’.

 

Menurut beliau, CBT banyak digunakan bagi merawat gangguan seperti kemurungan dan kebimbangan, yang sering hadir dengan simptom emosi dan fizikal termasuk rasa takut, sedih, gelisah, jantung berdebar, menggigil serta keletihan melampau.

 

“Sebagai contoh, pesakit kemurungan sering melihat diri mereka sebagai gagal atau tidak berguna. Dalam CBT, kita bantu mereka menyemak semula kepercayaan ini dengan menggunakan bukti pengalaman lalu, termasuk kejayaan yang pernah dicapai, bagi membina semula pemikiran yang lebih realistik dan sihat,” katanya.

 

Mengulas perkembangan CBT di negara ini, Prof. Dr. Firdaus berkata pendekatan tersebut sebenarnya telah dipraktikkan di Malaysia sejak sekitar tahun 1980-an dan terus berkembang hasil penyesuaian dengan konteks budaya tempatan.

 

“CBT bukan hanya tertumpu kepada kognitif semata-mata, tetapi merupakan gabungan kognitif dan tingkah laku. Pemikiran yang sihat perlu disokong dengan perubahan tingkah laku yang sihat untuk menghasilkan pemulihan yang menyeluruh,” katanya.

 

Tambah beliau, CBT berbeza daripada kaunseling biasa kerana ia menggunakan model klinikal yang tersusun dan sesuai untuk merawat gangguan mental.

 

“CBT bukan sekadar kaunseling. Ia merupakan intervensi psikoterapi berstruktur yang digunakan khusus untuk menangani penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan,” katanya.

 

Dari segi tempoh rawatan, beliau berkata modul antarabangsa lazimnya menetapkan antara lapan hingga 12 sesi, namun pengalaman klinikal menunjukkan tempoh lebih singkat juga boleh memberi kesan positif.

 

“Berdasarkan pengalaman sekitar lapan sesi sudah memadai untuk membantu pesakit memperbaiki cara berfikir dan cara mereka bertindak dalam kehidupan seharian,” katanya.

 

Mengulas salah faham masyarakat terhadap penyakit mental, Prof. Dr. Firdaus berkata kemurungan dan kebimbangan bukan sekadar isu emosi atau kelemahan peribadi.

 

“Depresi dan kebimbangan bukan perkara mengada-ngada. Ia melibatkan perubahan bahan kimia dalam otak, reaksi fisiologi badan dan corak tingkah laku. Sesiapa sahaja boleh mengalaminya tanpa mengira latar belakang,” katanya.

 

Beliau berkata, integrasi CBT dengan pendekatan moden seperti mindfulness turut mencerminkan keperluan rawatan yang lebih holistik bagi menangani cabaran kesihatan mental masa kini.

 

“Dengan sokongan latihan profesional, penyelidikan berterusan dan penerimaan masyarakat, CBT dijangka terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatan mental negara,” katanya.

WZCDMAY~