?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM anjur Program Pendidikan Pokok Bakau 2026, dedah pelajar kepentingan pemuliharaan ekosistem pesisir

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Saleha Haron

 

 

SIJANGKANG, 25 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) menganjurkan Program Pendidikan Pokok Bakau 2026 bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan pemuliharaan hutan paya bakau sebagai ekosistem penting yang menyokong kesejahteraan alam sekitar dan komuniti pesisir.

 

Program yang berlangsung di Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang itu melibatkan penyertaan pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang serta tajaan Yayasan Axiata.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Hijau IPSAS, UPM, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata, penganjuran program ini selari dengan aspirasi universiti dalam memperkukuh agenda kelestarian hijau dan pembangunan mampan.

 

“Program ini menyokong objektif strategik ketujuh UPM iaitu membudayakan amalan kelestarian hijau ke arah pembangunan mampan, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta penarafan UI GreenMetric World University,” katanya.

 

Selain itu, pendedahan secara langsung di lapangan memberi pengalaman bermakna kepada pelajar untuk memahami fungsi hutan paya bakau sebagai benteng semula jadi, penyerap karbon dan sumber biodiversiti yang penting.

 

Setiausaha Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Mohd Fazrin Mohd Rohali berkata kerjasama strategik bersama UPM dapat diteruskan bagi memastikan kawasan tersebut kekal relevan sebagai pusat rujukan dan penyelidikan pelajar.

 

“UPM antara institusi pengajian tinggi terawal yang tampil membantu komuniti di sini. Kami amat menghargai sumbangan ilmu dan kepakaran UPM dalam usaha memelihara serta menangani isu berkaitan hutan paya bakau,” katanya.

 

Pelajar Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, FPSK, UPM, Amni Zahira Saiful Anuar berkata, program tersebut memberi pengalaman baharu yang menyeronokkan dan membuka perspektif terhadap pembelajaran di bilik kuliah.

 

“Topik ini berkait rapat dengan pembelajaran kami mengenai pencemaran udara dan alam sekitar. Melalui program ini, saya dapat melihat sendiri peranan hutan paya bakau dalam membantu mengurangkan kesan pencemaran,” katanya.

 

Rakannya, Meor Ahmad Iman Nor Nizam berkata, program berkenaan meningkatkan kefahaman beliau terhadap kepentingan ekosistem bakau dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

 

“Saya berharap aktiviti seperti ini diteruskan dan diperluaskan di universiti bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar,” katanya.

WZCDMA~