?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM perkasa agropreneur muda berteraskan IoT, sokong agenda keterjaminan makanan negara

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

BANGI, 11 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) terus memperkukuh peranan mahasiswa sebagai pemangkin pembangunan sektor agromakanan negara melalui penganjuran Program IoT Incubator Top Agropreneur 2.0.

 

Program berimpak tinggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) dalam sektor pertanian, sejajar dengan usaha nasional memperkukuh keterjaminan makanan dan melahirkan graduan berdaya saing.

 

Majlis Penutup Program IoT Incubator Top Agropreneur 2.0 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, program tersebut bukan sekadar platform pembangunan keusahawanan, malah mencerminkan komitmen berterusan universiti dan rakan strategik dalam membangunkan bakat muda yang berupaya memberi sumbangan signifikan kepada sektor pertanian negara.

 

“Program ini menjadi manifestasi usaha bersepadu dalam membudayakan inovasi, memperkasa kemahiran keusahawanan dan membentuk generasi agropreneur yang progresif, berdaya saing serta bersedia mendepani cabaran sektor pertanian moden,” katanya.

 

Pengarah CEM UPM, Profesor Madya Dr. Hizmawati Madzin berkata, kejayaan pelaksanaan program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh agenda keusahawanan dan inovasi di institusi pengajian tinggi.

 

“Penerapan teknologi terkini dalam sektor agromakanan bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah menyokong usaha ke arah kemampanan dan pertumbuhan ekonomi negara melalui penglibatan aktif mahasiswa,” katanya.

 

Selain pendedahan kepada teknologi IoT dan amalan keusahawanan sebenar menerusi program ini mampu mewujudkan ekosistem agroteknologi yang mampan, sekali gus menyokong agenda nasional berkaitan keterjaminan makanan dan pembangunan modal insan.

 

Pengarah Program, Muhammad Nik Baihaqi Taiki pula berkata, Program IoT Incubator Top Agropreneur 2.0 berperanan sebagai platform penting dalam melahirkan agropreneur muda yang inovatif dan berdaya saing melalui aplikasi teknologi IoT dalam sektor pertanian.

 

“Program ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta merangkumi aspek teknikal, inovasi, keusahawanan serta kemahiran pitching, sekali gus membekalkan pengetahuan dan pengalaman sebenar kepada mahasiswa,” katanya.

 

Bagi pelajar Bacelor Teknologi Pertanian Pintar, Fakulti Pertanian, UPM, Adib Fakhree Borhan, berkata penyertaan dalam program tersebut memberi pendedahan praktikal yang amat bermakna dalam persediaan kerjaya masa hadapan.

 

“Pendekatan secara hands-on serta pendedahan kepada teknologi sebenar industri membantu saya memahami keperluan sektor pertanian moden serta potensi keusahawanan berasaskan teknologi,” katanya.

 

Program itu turut melibatkan penyertaan pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi antaranya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kolej Komuniti Bentong dan Kolej Komuniti Santubong.

 

Pada majlis berkenaan, penyampaian hadiah turut diadakan bagi pertandingan Pitching Akhir Program IoT Incubator Top Agropreneur 2.0.

 

Kolej Komuniti Bentong muncul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi penghargaan, manakala UNIMAS meraih naib johan dengan hadiah RM2,000 berserta troji dan sijil. Tempat ketiga dimenangi UIAM dengan hadiah RM1,000 berserta trofi dan sijil.

 

Selain itu, Anugerah Khas Inovasi dan Integriti dimenangi oleh Kolej Komuniti Bentong, Anugerah Khas Berdaya Saing kepada UMS, Anugerah Khas Reruai Terbaik kepada UMPSA dan Anugerah Khas Pitching Terbaik kepada UNIMAS.

WZCDWA6~