?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM anjur SALPBM XII, perkukuh Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu global

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 15 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) terus memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu menerusi penganjuran Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-12 (SALPBM XII).

 

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Maijol Mahap berkata, bidang linguistik perlu terus bersifat dinamik dalam menghadapi era digital dan kecerdasan buatan (AI).

 

“Kita perlu memastikan bahasa Melayu mampu mengungkapkan konsep sains dan teknologi tinggi tanpa menghakis identiti asalnya,” katanya.

 

Beliau turut menekankan kepentingan memperkaya bahasa Melayu melalui penterjemahan, penulisan ilmiah dan interaksi sosial bagi memudahkan komunikasi antara bahasa di peringkat global.

 

“Saya berharap seminar ini menghasilkan resolusi yang boleh diterjemahkan kepada dasar pemerkasaan bahasa di peringkat nasional dan serantau, termasuk melalui kerjasama strategik antara universiti dan Dewan Bahasa dan Pustaka,” katanya.

 

Bertemakan “Bahasa dan Peradaban Bangsa”, seminar itu turut berperanan sebagai wadah menyebarluaskan amalan terbaik dalam pemerkasaan bahasa, sastera dan budaya Melayu ke peringkat nasional dan antarabangsa.

 

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Profesor Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin berkata, sebagai universiti penyelidikan terkemuka, UPM komited memastikan bahasa Melayu kekal relevan dalam landskap globalisasi dan transformasi digital.

 

“Usaha pembudayaan bahasa tidak terhad kepada aspek linguistik semata-mata, malah merangkumi kelestarian budaya serta pemantapan sahsiah bangsa berteraskan ilmu,” katanya.

 

Tambah beliau, seminar tersebut menjadi platform penting dalam mengetengahkan dapatan terkini bidang linguistik dan pembudayaan bahasa Melayu yang mampu menyumbang secara langsung kepada pembangunan peradaban bangsa.

 

“Tanpa evolusi bahasa yang seiring dengan perubahan zaman, sesebuah peradaban berisiko kehilangan jati dirinya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Dekan FBMK UPM, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim berkata, penganjuran seminar antarabangsa seperti ini perlu dimanfaatkan secara optimum bagi memberi impak besar terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu.

 

“Semoga resolusi yang dihasilkan mampu memperkukuh kedudukan bahasa Melayu dalam pelbagai sektor serta menjadi pemangkin kepada kemajuan peradaban bangsa,” katanya.

WZEVRAo~