?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM, Sabah Softwoods Perkasa Pendidikan Luar Bandar di SK Brumas, Rapatkan Jurang Digital

Oleh: Zarith Sofea Ibrahim

 

 

SERDANG, 21 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Sabah Softwoods Berhad menganjurkan program komuniti di Sekolah Kebangsaan (SK) Brumas baru-baru ini bagi memperkasa pendidikan luar bandar melalui pemindahan ilmu dan pembangunan komuniti.

 

Program itu turut menampilkan pelbagai pengisian berimpak tinggi termasuk penghasilan mural bertemakan “Go Digital Era Brumas” serta program motivasi yang memfokuskan pembentukan aspirasi dan cita-cita pelajar untuk masa hadapan.

 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata program seumpama ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar sekolah, malah membentuk jati diri mahasiswa melalui penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan dan khidmat masyarakat.

 

“Program ini selari dengan slogan UPM, Berilmu Berbakti, di mana mahasiswa dididik untuk mengaplikasikan ilmu melalui khidmat kepada masyarakat, khususnya komuniti di kawasan pedalaman,” katanya.

 

Tambah beliau, program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi dan sektor industri dalam memperkasa pendidikan luar bandar.

 

 

“Ini secara langsung akan merapatkan jurang digital dan membuka peluang masa depan yang lebih cerah kepada generasi muda,” katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Berhad, Datuk Haji Mohd. Daud Tampokong, berkata komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan pendidikan melalui pelbagai inisiatif sosial dan pendidikan.

 

“Kami percaya pendidikan adalah asas kepada masa depan yang mampan dan akan terus memperkukuh komitmen dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan komuniti di kawasan operasi kami,” katanya.

 

Inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan agenda Knowledge Transfer Programme (KTP) dan Service Learning Malaysia – University for Society yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memperkukuh pemindahan ilmu serta pembangunan komuniti secara inklusif dan berimpak tinggi.

 

Selain itu, SK Brumas membuktikan bahawa kekangan lokasi bukan penghalang kepada kecemerlangan apabila muncul sebagai antara sekolah pedalaman yang progresif dalam pendigitalan pendidikan.

 

 

Kesemua guru di sekolah tersebut memiliki pensijilan Google Certified Educator menjadikan teknologi sebagai teras utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Sekolah yang terletak dalam kawasan ladang milik Sabah Softwoods Berhad itu turut menerima sokongan berterusan daripada pihak syarikat melalui pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat, termasuk penyediaan tujuh Community Learning Center (CLC) bagi anak-anak pekerja, khususnya dari Indonesia untuk memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif.

 

Dalam pada itu, program tersebut mencerminkan peranan aktif UPM dalam menyokong agenda pendidikan negara serta memperkukuh konsep pemindahan ilmu melalui pendekatan Jiwa Putra yang menekankan pembinaan nilai kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa.

WZEVSA0~