?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Empat Pelajar PhD UPM Wakili Universiti ke Peringkat Kebangsaan 3MT 2026

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

 

SERDANG, 16 April – Empat pelajar doktor falsafah (PhD) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipilih untuk mewakili universiti ke pertandingan Three Minute Thesis (3MT) peringkat kebangsaan selepas muncul sebagai pemenang dalam pertandingan 3MT UPM 2026, hari ini.

 

Pertandingan anjuran Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), UPM itu merupakan sebuah platform akademik berprestij yang mencabar pelajar PhD untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam tempoh hanya tiga minit.

 

Timbalan Dekan (Tesis dan Pembangunan Pelajar), SGS, UPM Prof. Dr. Rusmawati Said, berkata inisiatif ini bertujuan memperkasa kemahiran komunikasi penyelidik agar mereka mampu menyampaikan idea yang kompleks secara ringkas dan menarik kepada khalayak umum.

 

“Sebanyak 33 peserta telah melalui proses saringan pada peringkat awal sebelum 12 finalis terbaik dipilih untuk berentap di pentas akhir.

 

“Kesemua finalis ini mewakili dua kluster utama, iaitu Sains, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains Sosial, mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan penyelidikan di UPM,” katanya.

 

Selain itu, pertandingan ini bukan sahaja memupuk budaya penyelidikan yang berkualiti tinggi dalam kalangan pelajar pascasiswazah, malah turut meningkatkan keupayaan mereka untuk menterjemah impak kajian kepada masyarakat secara lebih berkesan.

 

Pada pertandingan akhir tersebut, 12 finalis telah bersaing untuk merebut empat tempat bagi mewakili UPM ke pertandingan 3MT peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Julai 2026.

 

Empat wakil yang dipilih terdiri daripada dua peserta dalam bidang Sains Sosial serta dua peserta dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.

 

Bagi kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi, tempat pertama telah dimenangi oleh Dayana Said dari Fakulti Sains menerusi pembentangan bertajuk “Lead-Free Radiation Shielding Glass”. Tempat kedua pula dimenangi oleh Nurin Nadrah Johan dari Fakulti Perubatan dan Sains Komputer dengan tajuk pembentangan “Surviving Cancer Without Losing The Heart: The Power of Tiny Messengers”.

 

Sementara itu, bagi kategori Sains Sosial, Pavithra Panir Selvam dari Fakulti Pengajian Pendidikan telah meraih tempat pertama menerusi pembentangan bertajuk “Before They Walk Away”. Tempat kedua pula dimenangi oleh Ngo Zen Hong dari Fakulti Ekologi Manusia dengan tajuk pembentangan “‘Avoidance’ is Better Than Cure”.

WZEXSA~