?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM perluas perkongsian ilmu komuniti tani di Yogyakarta

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 

SERDANG, 22 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) memperkukuh pemerkasaan komuniti tani di Bantul dan Magelang, Yogyakarta menerusi program perkongsian ilmu antarabangsa yang memberi manfaat kepada lebih 50 komuniti petani setempat.

 

Timbalan Pengarah UCTC (Bahagian Pengembangan Pertanian), UPM, Prof. Dr. Norsida Man berkata program tersebut menjadi platform penting dalam memindahkan ilmu universiti kepada komuniti antarabangsa secara praktikal dan berimpak.

 

“Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada komuniti, malah membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berdaya saing,” katanya.

 

Seramai 30 peserta daripada Kelompok Tani Pertiwi dan Kelompok Tani Ngudi Makmur Samiran di Bantul telah mengikuti sesi penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan produk kerepek pisang bagi meningkatkan nilai pasaran produk tempatan.

 

Pegawai Pertanian Kanan UCTC, UPM, Mahani Amat berkata, peserta turut didedahkan kepada penghasilan baja mol organik menggunakan bahan tempatan seperti kangkung dan pisang bagi meningkatkan kemahiran menghasilkan input pertanian sendiri.

 

 

“Penghasilan baja mol ini bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan hasil tanaman, malah membantu komuniti mengurangkan kos operasi melalui penggunaan sumber sedia ada,” katanya.

 

Di Magelang, seramai 20 petani daripada Kelompok Tani Sumber Berkah yang terdiri daripada pengusaha kopi telah mengikuti sesi penghasilan kompos kopi menggunakan sisa pertanian sebagai alternatif baja organik.

 

Pegawai Pertanian UCTC, Nafisah Awang berkata penggunaan kompos kopi bukan sahaja menjimatkan kos, malah menyokong amalan pertanian lestari dalam kalangan komuniti.

 

“Kaedah ini mudah dilaksanakan dan memberi impak besar kepada hasil tanaman serta kelestarian alam sekitar,” katanya.

 

Program ini turut melibatkan aktiviti kesedaran kesihatan dalam kalangan komuniti apabila seramai 18 kanak-kanak menyertai sesi pendidikan “Kaedah Mencuci Tangan Dengan Betul” bagi memupuk amalan kebersihan diri sejak usia awal.

 

 

Kerjasama strategik bersama Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program melalui sokongan logistik serta hubungan dengan komuniti setempat.

 

Inisiatif ini meningkatkan kapasiti komuniti dalam keusahawanan dan pertanian lestari, serta memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa UPM di peringkat global.

WZEXTA3~