?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

UPM anjur Projek Komuniti@UniMADANI perkasa ekonomi wanita, sokong kelestarian alam

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

 

SERDANG, 21 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) memperkukuh peranannya dalam pembangunan komuniti melalui pelaksanaan Projek Komuniti@UniMADANI: Kraf Kreatif Fabrik Terpakai beri tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi golongan wanita serta amalan kelestarian alam sekitar.

 

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Profesor Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin berkata, projek tersebut mencerminkan komitmen universiti dalam memperkasa komuniti melalui pemindahan ilmu dan kepakaran secara berimpak tinggi.

 

“Pendekatan holistik yang dilaksanakan bukan sahaja membina kemahiran teknikal peserta, malah merangkumi aspek keusahawanan, pemasaran serta keyakinan diri. Ini juga mewujudkan model pemberdayaan komuniti yang tersusun dan berorientasikan hasil,” katanya.

 

Dekan FPP, UPM, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, berkata program seumpama ini akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai komuniti mendapat manfaat selaras dengan aspirasi universiti dan agenda pembangunan lestari negara.

 

“Ini membuktikan kreativiti dan inovasi serta bahan yang tidak lagi boleh digunakan mampu ditransformasikan menjadi produk bernilai tinggi yang memberi manfaat dengan komuniti dan alam sekitar,” katanya.

 

Selain itu, inisiatif ini memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara universiti, agensi kerajaan, rakan industri dan komuniti setempat. Projek selama sembilan bulan bermula Mei 2025 hingga April 2026 itu melibatkan penyertaan seramai 50 peserta terdiri daripada wanita berpendapatan rendah (B40), ibu tunggal, asnaf serta Orang Kurang Upaya (OKU).  

 

Ketua Projek, Dr. Rahimah Jamaluddin, berkata inisiatif ini memberi latihan berstruktur dalam penghasilan produk kraf berasaskan fabrik terpakai, di samping membangunkan kemahiran keusahawanan, pemasaran dan penjenamaan produk.

 

“Sepanjang pelaksanaan peserta berjaya menghasilkan pelbagai produk kreatif seperti alas kaki, beg, pemegang periuk, pasu bunga dan aksesori melalui teknik kitar semula fabrik terpakai.

 

“Ini bukan sahaja mengurangkan sisa tekstil, malah meningkatkan nilai komersial bahan buangan kepada produk berdaya saing,”katanya.

 

Selain memberi impak ekonomi melalui peluang menjana pendapatan, projek ini turut menyumbang kepada pembangunan sosial peserta termasuk peningkatan keyakinan diri serta penguasaan kemahiran baharu.

 

Peserta program, Hidayah Mat Arif, berkata sebagai OKU (Berkerusi Roda), program tersebut membuka peluang kepadanya untuk mengembangkan bakat dan meneroka aktiviti baharu bagi membina ekonomi keluarga yang mampan.

 

“Sebelum ini saya sering berasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai kerana kekurangan fizikal dan setelah mengikuti program ini saya belajar untuk lebih yakin dengan diri sendiri dan kini saya berjaya memperoleh kemahiran baharu,” katanya.

 

Seorang lagi peserta, Ida Arwaty Mohamed, berkata program tersebut sebagai inisiatif yang amat bermanfaat, khususnya kepada golongan B40, OKU dan ibu tunggal.

 

“Program ini sangat baik kerana kami diajar dan dibimbing oleh tenaga pengajar UPM daripada asas termasuk penggunaan fabrik terpakai serta cara memanfaatkannya untuk menghasilkan produk yang berpotensi menjana pendapatan,” katanya.

 

 

WZEXTAd~