?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

MPK KTMB UPM, MKK UniSZA jalin kerjasama strategik melalui Program SeTerGo! Hati

Oleh: Aimi Mohamad Farid

 

 

 

SERDANG, 22 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) menjalin kerjasama strategik bersama Majlis Kediaman Kolej (MKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerusi penganjuran Program SeTerGo! Hati, baru-baru ini.

 

Program tersebut melibatkan siri lawatan penanda aras dan kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkukuh pengurusan kolej kediaman serta pembangunan kepimpinan pelajar.

 

Pengarah Program, Arina Hanania, berkata SeTerGo! Hati merupakan akronim kepada ‘Serdang, Terengganu, Go!’ yang turut membawa maksud simbolik ‘Seteguh Hati’, melambangkan kecekalan pemimpin pelajar dalam mendepani cabaran amanah dan tanggungjawab.

 

 

“Program ini menjadi platform penting untuk menilai perbezaan model pengurusan antara kedua-dua universiti secara objektif, selain melibatkan pembentangan program dan aktiviti yang merangkumi tujuh teras utama.

 

“Kami turut mengadakan sesi perbincangan meja bulat bagi membincangkan isu pengurusan kolej kediaman serta berkongsi pendekatan penyelesaian masalah dan pengendalian penghuni dengan lebih berkesan,” katanya.

 

Delegasi MPK KTMB turut mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam penganjuran program berteraskan kerohanian dan perpaduan bagi memperkukuh integrasi nasional dalam kalangan penghuni kolej.

 

Selain itu, delegasi UPM turut mengadakan lawatan ke fasiliti kediaman pelajar UniSZA bagi menanda aras aspek pengurusan infrastruktur serta sistem keselamatan.

 

 

Pelajar tahun dua Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Nur Farahdyana Hamizan, berkata pengalaman tersebut membuka perspektif baharu dalam usaha meningkatkan penglibatan pelajar.

 

“Saya mendapati UniSZA tidak menggunakan sistem merit menjadikan cabaran menarik penyertaan pelajar lebih besar. Ini mengajar kita untuk lebih proaktif dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sistem,” katanya.

 

Rakannya, Muhammad Al-Amin Hudhaifi Mohd Zahry, berkata kolaborasi tersebut memberi peluang untuk berkongsi amalan terbaik dalam menangani cabaran pengurusan kolej kediaman.

 

“Melalui jaringan seperti ini, kita dapat melihat bagaimana universiti lain menyelesaikan isu yang sama dan seterusnya menambah baik pendekatan sedia ada demi kebajikan pelajar,” katanya.

WZEXSAP~