?? | Universiti Putra Malaysia_bet36体育在线

bet36体育在线

图片

Karnival Kesihatan Putra 2026, platform pendidikan kesihatan seksual kepada pelajar

Oleh: Husnina Zahra Hadri

 

 

SERDANG, 24 April – Karnival Kesihatan Putra 2026 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan kesihatan seksual serta kesejahteraan diri.

 

Program dengan kerjasama Peer Educator UPM mencerminkan komitmen UPM dalam meningkatkan kesedaran kesihatan serta menggalakkan warga kampus menjaga kesejahteraan diri.

 

Pengarah Karnival Kesihatan Putra 2026, Shafinaz Kaus Abdul Aziz berkata, penganjuran karnival ini bertujuan menyediakan platform santai dan inklusif bagi mendidik warga kampus mengenai isu kesihatan tanpa stigma.

 

“Kesihatan bukan sekadar ketiadaan penyakit, tetapi merangkumi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.

 

“Melalui penganjuran karnival ini, kita mahu menghapuskan persepsi bahawa isu kesihatan adalah sesuatu yang menakutkan atau sukar dibincangkan,” katanya.

 

 

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti ceramah HIV dan AIDS, gangguan seksual, sokongan kesihatan mental serta pengesanan awal kanser payudara yang disampaikan oleh pakar.

 

Selain itu, karnival tersebut dimeriahkan dengan reruai saringan kesihatan seperti saringan HIV, kanser payudara dan pemeriksaan kesihatan lain bagi menggalakkan warga kampus mengambil langkah awal penjagaan kesihatan.

 

Pelajar Bacelor Sains Komputer (Multimedia) dengan Kepujian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM, Sarah ‘Izzati Abdullah, berkata karnival ini memberi manfaat kepada pelajar kerana meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan diri secara fizikal dan emosi.

 

 

“Program ini membuka mata pelajar untuk lebih mengambil berat tentang kesihatan diri, terutamanya dari segi fizikal dan emosi, selain menjadikan topik kesihatan seksual lebih mudah difahami dan relevan dengan kehidupan mahasiswa masa kini,” katanya.

 

Sementara itu, Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia, Dr. Nur Afiqah Mohd Salleh berkata, isu kesihatan seksual perlu dibincangkan secara terbuka tanpa stigma bagi memastikan masyarakat lebih berani mendapatkan rawatan dan maklumat yang tepat.

 

“Kita tidak boleh bercakap tentang kesihatan seksual secara diam sebaliknya perlu bersikap terbuka kerana stigma sering menjadi halangan utama untuk mendapatkan rawatan kerana perkembangan rawatan moden kini membolehkan individu yang hidup dengan HIV menjalani kehidupan normal dan produktif,” katanya.

WZEZWAQ~